CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34484|Reply: 360

Lagi Remaja / Kanak-Kanak Hilang

  [Copy link]
Post time 19-3-2012 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nuralisa at 19-3-2012 19:26

Pelajar perempuan hilang ketika beli kad prabayar


2012/03/19KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga hilang dipercayai dilarikan tiga individu tidak dikenali ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah premis kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini petang semalam.

Mangsa, Siti Nurfatihah Mahadi, 15, keluar ke premis berhampiran kira-kira jam 3 petang bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing 11 tahun, sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 07:26 PM | Show all posts
hrpnya dia tidak diapa2kan, xselamat sgt negaro malaysia,nih,sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2012 07:27 PM | Show all posts
itula..berita ni pun x abih.. adik2 dia x diapa2 kan pulak??
adduiihh.. takutla skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:28 PM | Show all posts
Umo 15 pon kena culik????
Motiffff????

Kenapa x culiki adik dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:31 PM | Show all posts
Patut bekalkan anak2 dgn senjata bila keluar
Cth: yg ada renjatan elektrik tu
Pepper spray

Stun Guns

Kubotans

Kubotans is the most popular among other self defense weapons. The reason behind is that kubotans are highly available, legal to use, and definitely belong to the non-lethal self defense weapons group.
Kubotans are easy to carry, mostly used as a key chain. There are different styles of kubotans but the average size is about 5 ½ inches long. This weapon is highly used for some used this as a key chain and definitely could not be left somewhere. It can be easily kept and fit in everyone’s pocket.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:33 PM | Show all posts
alat keselamatan utk wanita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2012 07:41 PM | Show all posts
.. sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu.
nuralisa Post at 19-3-2012 19:25


Honda ape tu? Wartawan ni lenkali bagitau la secara spesifik Honda ape.. Civic ke, Accord ke, CRX ke.. senang sikit org ramai nak membantu..

Ape-apepun aku harap budak ni berjaya diselamatkan tanpa apa-apa kejadian tak diingini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2012 07:50 PM | Show all posts
honda warna gelap katanya...

KUANTAN 19 Mac – Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361. - UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 07:51 PM | Show all posts
Honda ape tu? Wartawan ni lenkali bagitau la secara spesifik Honda ape.. Civic ke, Accord ke, CR ...
Jemy Post at 19-3-2012 19:41

honda ex5
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:54 PM | Show all posts
hik...hik........15 tahun kekanak agi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:57 PM | Show all posts
semoga tuhan melindungi beliau....aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:57 PM | Show all posts
keluar berteman pun kene culik juge
negara kite ni mmg xselamat dh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:05 PM | Show all posts
semoga sheols selamat hendaknya....

apa motif sheols kena culik??? nak wang tebusan ker..??
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:10 PM | Show all posts
Reply 1# nuralisa


Taman Tas ke... kawasan situ amat2 la busy n of course ramai org.. ada jgak amik kesempatan..harap2 ada saksi
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:28 PM | Show all posts
comel budaknya....semoga dia tidak diapa2kan dan pulang dengan selamat ke pangkuan ibu bapa....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:31 PM | Show all posts
mesia negara plng selamat di dunia

apa nk heran

byk sgt warga asing sampai x tau mana warga tempatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 08:40 PM | Show all posts
tgk berita tadik...adik2 dia pun cedera skit sebab nak tolong kaka dia...mak dia dah nak nak meraung dah...sedeh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:45 PM | Show all posts
Kalau betul random je culik, baik culik adik yg kecik lagi.

Adakah bermotifkan dendam? Atau pilih yg besar utk ..........?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:47 PM | Show all posts
alamak dh smpi phg ke....familyku..semoga Allah lidungi kalian semua...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:50 PM | Show all posts
Harap that girl tak diapa-apakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086859 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list