CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1955|Reply: 0

[Dunia] 'Satelit mati' terhempas dengan selamat

[Copy link]
Post time 31-7-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
'Satelit mati' terhempas dengan selamat


SATELIT pemantauan cuaca, Aeolus. FOTO ESA


London: Aeolus, sebuah kapal angkasa satelit pemantauan cuaca yang dibina United Kingdom terhempas ke Lautan Atlantik, nahas yang disengajakan dalam misi pertama seumpamanya.

Yahoo!News melaporkan dalam keadaan biasa, Aeolus secara semula jadi akan jatuh semula ke Bumi selepas terbakar di atmosfera planet apabila mencapai ketinggian sekitar 50 batu (kira-kira 80 kilometer).

Kira-kira 7 malam waktu United Kongdom (UK) pada Jumaat, Pejabat Serpihan Angkasa Agensi Angkasa Eropah (ESA) berkata, Aeolus sudah memasuki atmosfera, menjadikannya kali pertama 'satelit mati' dipandu untuk dibantu bagi terhempas dengan sengaja di Bumi.

Aeolus, satelit yang selama ini menyediakan data berharga kepada pusat cuaca di seluruh Eropah sejak 2018, berjaya dibantu ke destinasi terakhirnya oleh pengawal misi di ESA.

Simulasi oleh ESA sebelum nahas mencadangkan beberapa serpihan mungkin terselamat daripada terbakar, walaupun risiko ia menyebabkan sebarang kerosakan adalah kecil.

Agensi angkasa lepas itu memutuskan untuk menggunakan sedikit bahan api yang tinggal di kapal itu untuk mengarahkan Aeolus kembali ke Bumi.

Ia juga berhasrat untuk mengumpul data untuk kemasukan semula satelit masa depan sambil menetapkan usaha itu sebagai perintis untuk diikuti oleh negara dan organisasi lain.

ESA berkata, pasukan kawalan misi Aeolus di Jerman kini selesai selepas seminggu menjalankan operasi yang kompleks itu.

"Mereka sudah melakukan semua dirancang dalam apa yang disifatkan adalah kemasukan bantuan yang pertama seumpamanya," katanya.

Kapal angkasa Aeolus seberat 1,360 kilogram dibina Airbus Defense and Space di Stevenage, Hertfordshire, England, dan mengumpul profil data angin Bumi, dalam skala besar.

Aeolus dijadualkan bertahan selama tiga tahun tetapi ia melebihi jangkaan itu untuk tempoh hampir dua tahun.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... mpas-dengan-selamat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.074244 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list