CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8622|Reply: 0

Spurs sambung kontrak pinjaman Werner

[Copy link]
Post time 29-5-2024 09:56 AM | Show all posts |Read mode

Timo Werner ketika beraksi bersama Spurs menentang Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London 7 April lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Tottenham Hotspur sudah mencapai persetujuan untuk melanjutkan tempoh pinjaman penyerang Timo Werner dari RB Leipzig hingga hujung musim depan, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam.

Pemain berusia 28 tahun itu tiba secara perjanjian pinjaman dari kelab Jerman itu pada Januari lalu dan beraksi secara kerap di bawah kendalian pengurus Ange Postecoglou pada babak kedua musim lalu.

Werner dari Jerman menjaringkan dua gol dan mencipta tiga umpanan gol dalam 13 perlawanan liga tetapi terlepas beberapa perlawanan terakhir Spurs kerana kecederaan hamstring.

Perjanjian baharu itu termasuk pilihan untuk menjadikannya perpindahan tetap.

Spurs berakhir di tangga kelima EPL untuk layak beraksi dalam Liga Europa. – REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan ... rak-pinjaman-werner
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 1.219551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list