CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 0

Ronaldo pecah rekod di Arab Saudi

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO meledak dua gol ketika menentang Al Ittihad sekali gus membolehkannya dinobat penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Arab Saudi. - AFP

RIYADH – Penyerang sensasi Al Nassr, Cristiano Ronaldo terus mencipta fenomena baharu apabila menjadi penjaring terbanyak semusim dalam sejarah saingan Liga Arab Saudi apabila meledak 35 gol pada kempen kali ini.

Pada aksi terakhir liga menentang Al Ittihad awal pagi semalam, Ronaldo yang kini berusia 39 tahun meledak dua gol untuk memastikan pasukan melakar kemenangan dramatik 4-2 ke atas pasukan seteru kendalian Marcelo Gallardo itu.

Ketajaman yang dipamerkan oleh Ronaldo menyaksikannya memintas rekod yang sebelum ini dicipta oleh bekas penyerang Al Nasr, Abderrazak Hamdallah yang menjaringkan 34 gol pada kempen musim 2018/2019.

Prestasi cemerlang kapten skuad kebangsaan Portugal itu juga menyaksikan dirinya menjadi pemain pertama dalam sejarah untuk menerima Anugerah Kasut Emas pada empat saingan liga berbeza.

“Saya tidak pernah memburu rekod, tetapi rekod yang terus memburu karier saya,” kata Ronaldo secara ringkas susulan dua rekod baharu yang diciptanya musim ini.

Sebagai rekod, Ronaldo sebelum ini pernah meraih kasut emas pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mewakili Manchester United pada musim 2007/2008.

Ronaldo terus mempamerkan penyudah berbisa sepanjang mewakili Real Madrid apabila berjaya menjadi penjaring terbanyak La Liga pada musim 2010/2011, 2013/2014 dan 2014/2015.

Selepas itu, Ronaldo turut cemerlang ketika berkelana dalam saingan Serie A selepas menjadi penjaring terbanyak bersama Juventus pada kempen 2020/2021. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05/29/ronaldo-terus-cipta-sensasi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073004 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list