CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7325|Reply: 4

Bekas PM Thai, Thaksin didakwa kerana hina raja

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode




BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan didakwa di mahkamah selepas dituduh menghina monarki yang dilakukan hampir sedekad lalu, kata pejabat peguam negara hari ini.


“Thaksin akan dihadapkan ke mahkamah pada 18 Jun ini untuk menjawab semua pertuduhan di bawah undang-undang penghinaan raja yang ketat,” kata jurucakap peguam negara, Prayuth Pecharakun.


Thaksin, 74, diundi sebagai perdana menteri sebanyak dua kali sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006. Dia kemudian hidup dalam buangan selama 15 tahun.


Dia kembali ke Thailand pada tahun lalu ketika parti Pheu Thai yang ditubuhkan olehnya mengambil alih kuasa sebagai ketua kerajaan campuran.


“Peguam negara telah memutuskan untuk mendakwa Thaksin kerana menghina raja,” kata Prayuth kepada wartawan.


Thailand mempunyai undang-undang penghinaan raja yang paling ketat di dunia bagi melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan seluruh kerabatnya.


Undang-undang tersebut memperuntukan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi setiap penghinaan yang dilakukan. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya la atok ni blk ingat selamat lps bestfriend sendiri jadi PM. Tgk2 mcmni pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 01:28 PM | Show all posts
abih la ko. setakat hina hanjeng raja pun dpt jel 20thn, inikan pulak king crop top dan kaum kerabatnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
benci la baca kes camni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2024 11:37 AM | Show all posts
RIP freedom speech
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052889 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list