View: 899|Reply: 0
|
Jerman yakin tamat kemarau 28 tahun
[Copy link]
|
|
JERMAN yakin mereka memiliki keupayaan untuk mencipta kejayaan di hadapan penyokong sendiri pada Euro 2024 kali ini. - AFP
BERLIN – Pengarah Sukan skuad kebangsaan Jerman, Rudi Voller optimis barisan pemain kini memiliki momentum terbaik dalam usaha menamatkan kemarau 28 tahun untuk bergelar juara kejohanan Euro edisi 2024 di laman sendiri bulan depan.
Kata Voller, pasukan Jerman yang kini dikendalikan oleh Julian Nagelsmann telah mempamerkan peningkatan mendadak di pentas antarabangsa selain dibuktikan selepas berjaya menewaskan Perancis dan Belanda pada Mac lepas.
“Saya rasa keyakinan pasukan kini berada pada tahap terbaik kerana dua aksi persahabatan yang kami harungi pada Mac lepas bertemu Belanda dan Perancis adalah peluang buat mereka menguji keupayaan sebenar.
“Kami berjaya melakar kemenangan yang bagus di bawah bimbingan Nagelsmann dan harap momentum tersebut dapat diteruskan pada kempen Euro 2024 kali ini.
“Selain itu, wajar untuk kami bersikap optimis memandangkan kami adalah tuan rumah Euro 2024 dan jutaan penyokong setia akan memberi sorakan padu buat skuad kebangsaan sepanjang bulan depan,” katanya.
Sementara itu, Nagelsmann berharap anak-anak buahnya dapat mempamerkan corak permainan menarik untuk membalas semula kepercayaan yang diberikan oleh penyokong setia.
“Kami sedar tiket Euro 2024 kali ini sangat mahal dan harap barisan pemain dapat membalas semula pengorbanan penyokong yang dahagakan kejayaan buat pasukan,” katanya.
Jerman telah mengatur dua aksi pemanas badan bertemu Ukraine dan Greece pada minggu depan sebelum membuka tirai Euro 2024 secara rasmi menentang Scotland pada 15 Jun nanti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... t-kemarau-28-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|