CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

Reus idam trofi terakhir bersama Dortmund

[Copy link]
Post time 30-5-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode

Marco Reus (dua dari kanan) meraikan kejayaan menyingkirkan Paris Saint-Germain bersama rakan sepasukannya pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini. – Foto REUTERS

DORTMUND, Jerman: Lama dianggap sebagai pemain paling berbakat dalam generasinya, Marco Reus gagal meraih kejayaan utama dalam karier dibelenggu kecederaan namun bintang Borussia Dortmund itu kini bersedia meninggalkan kelab dengan trofi Liga Juara-Juara.

Pemain tengah menyerang berusia 34 tahun itu meninggalkan Dortmund selepas 12 tahun dan berharap melakukannya dengan kejayaan pada perlawanan terakhirnya dengan mengalahkan kelab gergasi Real Madrid pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, London awal pagi Ahad ini.

"Borussia Dortmund terlalu bermakna buat saya," kata Reus minggu ini. "Apabila anda berada di kelab selama 12 tahun maka pasti segala-galanya terlalu bermakna."

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu, yang turut menghabiskan sedekad di kelab Lembah Ruhr sebagai pemain remaja, menjaringkan 170 gol dalam 428 perlawanan buat Dortmund selain mengumpan gol 131 kali.


Dikenali kerana kemahiran mengagumkan, keupayaan meledak gol dan permainan bijak, Reus dianggap sebagai seorang "legenda hidup" oleh jurulatih Dortmund, Edin Terzic, mengetuai pasukan itu selama lima tahun hingga 2023 dan memenangi dua Piala Jerman.

Namun selain dua trofi itu, dia gagal menang apa-apa kejuaraan bersama kelab atau negaranya dalam karier yang dibebani dengan kecederaan teruk.

Dia terlepas kemenangan Jerman pada Piala Dunia 2014 selepas mengalami kecederaan pada perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum berlepas ke Brazil, manakala kecederaan juga menyebabkannya diketepikan bagi Euro 2016 dan Piala Dunia 2022.

Reus turut terlepas peluang menjulang trofi Bundesliga pada 2023 apabila Dortmund yang mendahului ketika itu seri dengan Mainz 05 pada hari terakhir kempen liga.

"Marco berada di sini 12 tahun sebagai pemain pro dan juga pemain remaja. Dia belum berakhir lagi," kata jurulatih Terzic kelmarin.

"Di London dia mahu mengharungi pengalaman dalam perlawanan mengagumkan dengan keputusan positif sebagai pelengkap kariernya.

"Saya perlukannya Sabtu ini (awal pagi Ahad). Saya perlukan kualitinya kerana dia sudah mengharungi pengalaman ini dan dia bermain pada perlawanan akhir sebelum ini."

Reus tidak asing dengan final Liga Juara-Juara atau Wembley, sesudah tumpas pertembungan penentuan 2013 menentang Bayern Munich. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ir-bersama-dortmund
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.433070 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list