CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia ke arah menua, utama melabur dalam sektor kesihatan, farmaseutikal, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 4-6-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia ke arah menua, utama melabur dalam sektor kesihatan, farmaseutikal, kata Anwar

https://www.freemalaysiatoday.co ... eutikal-kata-anwar/

Elill Easwaran
04 Jun 2024, 12:00 PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata persediaan menjadi negara menua memerlukan pendekatan seluruh negara. (Gambar fail)

Perdana menteri berkata pelaburan sedemikian bukan sahaja menjanjikan pulangan besar malah sejajar komitmen negara memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup populasi menua.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata Malaysia mesti mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti kesihatan, farmaseutikal, dan infrastruktur kondusif kepada penuaan aktif.

Anwar berkata, dengan memperuntuk sumber dalam sektor tersebut, Malaysia mampu meletakkan dirinya memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat, dianggar bernilai USD15 trilion.

Katanya, pasaran dipacu keperluan dan keutamaan asas pengguna menua, sambil mengambil maklum Malaysia akan menjadi negara menua dalam tempoh 23 tahun mendatang, melibatkan 14% populasinya berusia 65 tahun ke atas.

“Pelaburan sedemikian bukan hanya menjanjikan pulangan besar malah sejajar komitmen Malaysia memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup populasi menua, selain memupuk pertumbuhan ekonomi mampan untuk negara,” katanya dalam ucap tama pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024.

Anwar, yang juga menteri kewangan berkata, syarikat berkaitan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah, dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), telah menerajui pelaburan dalam usaha niaga membangunkan ‘ekonomi perak’ di Malaysia.

Ekonomi perak merujuk aktiviti ekonomi yang direka bagi memenuhi keperluan golongan berusia lebih 50 tahun.

“Persediaan menjadi negara menua memerlukan pendekatan seluruh negara demi menambah baik kehidupan warga tua Malaysia dan masyarakat dunia,” katanya.

Anwar juga berkata, jangkaan peningkatan perbelanjaan kerajaan melibatkan penjagaan kesihatan dan bantuan sosial dijangka bertembung penurunan asas cukai disebabkan pengecutan tenaga buruh berbanding peratusan penduduk.

Diunjurkan nisbah kebergantungan usia tua di Malaysia akan mengurang secara signifikan daripada 10 dewasa bagi setiap individu tua pada 2020 kepada tiga dewasa bagi setiap individu tua menjelang 2060, katanya.

Anwar berkata, nisbah itu bermaksud golongan tua tidak boleh lagi bergantung kepada struktur keluarga bagi bantuan.

Katanya, negara perlu melaksanakan reform terhadap kerangka pencen demi memastikan setiap generasi berkemampuan untuk hidup bermaruah pada usia tua.

“Penyelesaian baharu diperlukan demi memastikan tiada sesiapa pun ketinggalan, dan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat perlindungan sosial,” katanya.

Katanya, keputusan meluaskan liputan KWSP secara berperingkat dilakukan agar lebih ramai penduduk bekerja menjadi sebahagian daripada ekosistem KWSP, bagi menjamin lebih ramai rakyat mengumpul dana persaraan mencukupi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.429251 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list