CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7023|Reply: 9

[Tempatan] Tidak pelik Kota Bharu diiktiraf bandar terbaik Asia Tenggara, dunia

[Copy link]
Post time 10-6-2024 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-6-2024 06:17 PM

Tidak pelik Kota Bharu diiktiraf bandar terbaik Asia Tenggara, dunia

OlehASWANY OMAR

09 Jun 2024 05:53pm



Bandar Kota Bharu yang disenaraikan sebagai bandar ke-16 terbaik di Asia Tenggara dan ke-433 di dunia. Foto Bernama



KOTA BHARU - Bandar Kota Bharu yang disenaraikan sebagai bandar ke-16 terbaik di Asia Tenggara dan ke-433 di dunia sebagai sesuatu yang tidak pelik malah sesuai dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, keputusan itu turut membuktikan kesungguhan berterusan oleh pihak pentadbiran dengan sokongan petugas kebersihan.


Menurut beliau, Kota Bharu mendapat pengiktirafan itu berikutan pihak berkuasa tempatan berjaya menggerakkan kempen kesedaran dan membina infrastruktur untuk penduduk di kawasan operasinya.

Keputusan itu mungkin dianggap pelik oleh mereka yang 'menyerang' Kelantan dan tidak pernah berada di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Mohd Anis Hussein.


Hilmi disambut Mohd Anis pada Majlis Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.


Penarafan tersebut hasil laporan dan bancian Oxford Economic Global Cities Index 2024 yang membuat kajian ke atas 1,000 bandar membabitkan 163 negara di seluruh dunia.


Lima aspek penting yang dinilai membabitkan ekonomi, kualiti hidup, sumber manusia, tadbir urus dan alam sekitar dengan 27 indikator pemarkahan.

Pada kedudukan dunia, New York berada paling atas di dunia diikuti London (2), San Jose (3), Tokyo (4), Melbourne (9), Sydney (16), Perth (23), Seoul (41), Singapore (42).

Di peringkat Asia Tenggara pula, Singapura mendahului menjadi bandar raya dengan indeks terbaik iaitu pada kedudukan ke-42 di dunia manakala tempat kedua ialah Kuala Lumpur (135) diikuti Bangkok (192).

https://www.sinarharian.com.my/article/669108/edisi/kelantan/tidak-pelik-kota-bharu-diiktiraf-bandar-terbaik-asia-tenggara-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2024 11:02 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak pelik sis sebab even kuantan dan kuching mendahului kota bharu yang dhoif itu sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 10-6-2024 11:02 AM

Nusaraya gumbira la.. indon byk cities tersenarai
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:34 AM | Show all posts
tajuk misleading sungguh.."bandar terbaik asia tenggara, dunia"..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2024 11:41 AM | Show all posts
gila misleading tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
no 11 Kuala Muda, bandar apa tu ? ...kenapa rank higher than Ipoh...pelik betul la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 07:03 PM | Show all posts
Where the hell is Kuala Muda? Bandar ka tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:06 PM | Show all posts
Edited by DeluluMelulu at 10-6-2024 07:07 PM

Putrajaya dan Kuala Terengganu tak tersenarai? Peliknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060048 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list