View: 37813|Reply: 25
|
[Jenayah]
Lebih 90% Restoran Mendapat Sijil Halal, Acik Porum Boleh Melantak Dekat 4Fingers Tanpa Was-Was!
[Copy link]
|
|
Edited by DidiAndFren at 28-8-2024 06:42 PM
4Fingers Crispy Chicken Malaysia (4Fingers) meraikan kecemerlangan kulinari selama sedekad di Malaysia dengan mengumumkan pencapaian besar apabila lebih 90 peratus restorannya di seluruh negara kini disahkan halal.
Sejak penubuhannya di Malaysia, 4Fingers telah mengutamakan pensijilan halal yang mencerminkan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan tempatan.
Pencapaian 4Fingers yang terbaharu ini menyerlahkan usaha berterusan mereka untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang terbaik.
Rangkaian restoran terbabit telah bekerjasama rapat dengan Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan setiap elemen penyediaan makanannya, daripada sumber bahan sehingga proses memasak, mematuhi piawaian halal tertinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Halal 4Fingers, Zarina Mohamad Saad, berkata makanan dan minuman yang disahkan halal adalah keutamaan bagi rakyat Malaysia, khususnya bagi pelanggan Islam, dan oleh itu, 4Fingers telah bertekad untuk memenuhi keperluan ini sejak ketibaannya di Malaysia supaya peminat tempatan berpeluang menikmati hidangan ayam yang enak tanpa sebarang keraguan.
"Sambil meraikan 10 tahun kecemerlangan 4Fingers di Malaysia, pencapaian pensijilan halal JAKIM kekal sebagai keutamaan kami.
"Pematuhan kepada piawaian halal menandakan dedikasi kami terhadap keterangkuman dan kualiti tinggi dan akan terus berusaha untuk memastikan produk kami memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh JAKIM," katanya dalam satu kenyataan.
Pensijilan halal mengesahkan bahawa semua menu 4Fingers disediakan dengan penuh perhatian terhadap kebersihan dan kualiti.
Pensijilan ini menjaminkan integriti dan keselamatan makanan yang disediakan.
4Fingers merancang untuk mengembangkan cawangan yang diperakui halal di seluruh Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan piawaian restorannya dengan tawaran yang inovatif dan berkualiti tinggi.
Antara menu istimewa yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah tawaran masa terhad seperti menu Ayam Rendang dan banyak lagi hidangan kegemaran peminat.
"Di 4Fingers, visi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa sambil mengekalkan nilai jenama yang berteraskan kualiti dan kepercayaan.
"Kami akan sentiasa komited untuk menyediakan ayam goreng rangup yang disahkan halal sambil meluaskan kehadiran kami di seluruh Malaysia.
"Kami juga kekal komited terhadap pelanggan setia kami setiap kali mereka mengidamkan ayam goreng rangup kegemaran mereka," kata Zarina. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
owner dia yg mana satu
di sidai semua muka2 melayu utk mudahkan cite |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 28-8-2024 06:51 PM
owner dia yg mana satu
di sidai semua muka2 melayu utk mudahkan cite
Dah ada sijil halal kan should be no issue. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kan mula2 hype, makan kat KLIA2, mmg sedappp.. abit muak la lama2 tp overall sgt sedap. Satu kali tahun 2023 makan kat KIA, harkktepuihhh omg apakah rasa ayam sebegini, kerass keringggggg ayam rasa frozen bluerghhh mmg last lah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa ayam kering keras byk perisa dan kepala pening |
|
|
|
|
|
|
|
Npe jari dia ada 4
Kt kg i ni ada satu outlet
X sampai seru nk pi rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
asal mana 4fingers ni?
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
koserr aiolls mknn gini... |
|
|
|
|
|
|
|
sangbara2020 replied at 29-8-2024 10:39 AM
koserr aiolls mknn gini...
Dia punya target budak budak muda kan you.
I rasa segan nak makan. Mahal sangat. Lebih kurang rm30.
Dari rm50 dah tinggal rm20.
Makan nasik rm10.
Malam makan roti lak ala kadar.
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu.. terlalu byk perisa dan tak swdap |
|
|
|
|
|
|
|
Suka fries yg ada taburan seaweed je. Ayam mcm byk sgt seasonings |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm masin sgt je & very overcooked, masin....
aku prefer kyochon.... anak aku pun suka kyochon... |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 29-8-2024 06:32 AM
Npe jari dia ada 4
Kt kg i ni ada satu outlet
Jari ayam |
|
|
|
|
|
|
| |
|