CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Post time 1-7-2003 05:02 PM | Show all posts
salam
Beginilah mudah. Ada satu riwayat datang kepada anda menyatakan bahawa Imam Jaafar al-Sadiq telah berkata begini-begini begini, kemudian ada satu lagi riwayat yang juga datang kepada anda menyatakan bahawa Imam Jaafar al-Sadiq telah berkata begini begini begini dan ia berlawanan dgn riwayat yang pertama. Mana satu yang anda ambil?
Sama juga kesnya kalau di sana ada dua riwayat yang bertentangan sedangkan kedua-duanya dikatakan datang dari S. Ali? Anda ambil yang mana satu?
Itu maksud soalan saya. DARI SIAPAKAH SEBENARNYA ANDA MENGAMBIL MAZHAB AB INI? BETULKAH DARI AB ATAU DARI PENDUSTA-PENDUSTA YANG MENDAKWA AB BERKATA BEGINI BEGINI BEGINI?

Bill: jawapan saya sama juga macam pemulangan soalan saya kepada anda yg lepas:
“Sekiranya ada satu hadis dari Rasulullah saaw yg kata begini begitu, dan ada satu lagi hadis yg berlawanan dengannya, yg manakah anda ambil? DARI SIAPAKAH SEBENARNYA ANDA MENGAMBIL MAZHAB ASWJ INI? BETULKAH DARI RASULULLAH SAAW ATAU DARI PENDUSTA-PENDUSTA YANG MENDAKWA RASULULLAH SAAW BERKATA BEGINI BEGINI BEGINI?  Mudah bukan

Nahzalus:
Ulama' ASWJ menyebut bahawa antara imam terkemuka yang paling banyak diciptakan kata-kata kemudian dinisbahkan kepadanya ialah Imam Jaafar al-Sadiq! Alangkah banyaknya riwayat-riwayat bohong dari golongan al-Rafidah yang menggunakan nama AB sehingga menyebabkan ulama' hadis begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis dari mereka!

hehehehe….. biasalah tu, apa yg dihairankan, ulamak anda yg berkata begitu

-----------------------------
. Dalam kes menolak kesaksian S. Ali dan Ummu Aiman anda menyatakan"...Abu Bakar meminta fathimah mengajukan saksi tentang pemberian itu. Kerananya Imam Ali (a.s) dan Ummu Aiman memberikan kesaksian kepad Fathimah. Tetapi bukti itu tidak dipandang oleh Abu Bakar, dan tuntutan Fathimah a.s ditolak."
(al-Mustadrak, IV, hlm.63; Tabari, Jil.III, al-Istiab, Jil.IV; Usd al-Ghabah, JilV. Baca juga Baladzuri catatan mengenai pertikaian Fadak ini)

Sebagaimana biasa, setiap rujukan anda saya check. Tidak terkecuali yang ini kerana di dalam sahih Bukhari, S. Aishah mengatakan S. Fatimah menuntut pusakanya daripada harta peninggalan Nabi, bukan menuntut sesuatu yang telah Nabi berikan kepadanya sebelum kewafatan baginda. Selepas check, baru kita bercakap!

Bill: Jawapannya mudah saja. Bagaimana sekalipun hujjah anda bawa, anda tidak berupaya menentang akan wujudnya tuntutan Sayyidatina Fathimah a.s terhadap Fadak. Sayyidatina Fathimah a.s tidak akan menuntut sesuatu yg diharamkan oleh Tuhan kepadanya. Anda berfikir sebaliknya?


2. Dalam kes menerima kesaksian Jabir, anda menyatakan:
"Diriwayatkan dari jabir Ibn Abdillah Ansari bahawa Rasulullah (saaw) telah berkata bahawa bilamana rampasan perang dari bahrain telah tiba maka baginda akan memberikan kepadanya (Jabir) ini dan itu dari harta itu. Ketika harta itu tiba, di masa Abu Bakar, ia pergi kepadanya dan Abu Bakar memaklumkan bahawa barangsiapa yang mempunyai tuntutan atas Rasulullah (saaw) atau kepada siapa beliau telah menjanjikan , hendaklah dia datang mengajukan tuntutannya. Maka saya pun pergi kepadanya dan mengatakan kepadanya bahawa Nabi saaw telah menjanjikan kepada saya anu dan anu dari harta rampasan perang dari Bahrain, yang atasnya, dia (Abu Bakar) memberikan kepada saya semua itu."
(al-Bukhari, Sahih, Jil.3, hlm.119-209, 236; jil.4, hlm.110; Jil.5, hlm.218; Muslim, Sahih, Jil VII, hlm.75-76; at-Tirmidzi, Jil.5, hlm.129; Ahmad Ibnu Hanbal, Musnad, Jil.3, hlm.307-308; Ibnu Saad, at-Thabaqat al-Kubra, Jil.2, bhg.2)

Samalah juga. KIta baca kitab tu dulu. Sebab kesemua kitab ASWJ yang anda sebut tu ada syarahnya. Ada baiknya kita baca dulu apa kata ulama' ASWJ. Lepas tu kita bercakap!

Ok? Bereh?

ye, kita pun nak tahu macamana ulamak2 ASWJ  memerah otak utk menghalalkan perampasan Fadak oleh Abu Bakar.

hairan sungguh, mengapa Abu Bakar menolak kesaksian Ahlul Bait a.s tetapi menerima kesaksian Jabir. Entah bagaimanalah agaknya ulamak ASWJ nak pertahankan kesalahan ini.


Nahzalus:
1. Boleh tak sebut kepada saya, satu contoh (paling kurang) dalam kitab Syiah:
a. hadis yang sanadnya sahih tapi matannya bertentangan dgn al-Qur'an.
      
2.
b. hadis yang sanadnya tidak sahih tapi matannya bertepatan dgn al-Qur'an.
c. hadis yang sanadnya tidak sahih dan matannya bercanggah dgn al-Qur'an.
Sila nyatakan nama perawinya dan rujukan kitabnya. Terima kasih. Saya hanya mahu tahu sahaja.


--------------------------------------------------
a, b , c) kalau anda mendapat keraguan mengenainya, andalah
cari sendiri, dan tak perlulah menyusahkan kami dengan masalah anda. Mudah bukan.

2. Apabila disebut ahlussunnah, maka dengan sendirinya termasuk al-Qur'an sbb Sunnah yang sahih dan memang benar datang dari Nabi ia tidak akan bercanggah dgn al-Qur'an dan ia tidak berubah. Tetapi di sana ada kumpulan yang mendakwa ahlulQuran tapi tak percaya kepada hadis.
habis tu mengapa tidak berpegang kepada hadis “Kitabullah wa ‘Ithrah Ahlul Baiti”? Hadis mana yg anda pegang?

3.
Mazhab anda pula kenapa tak dinamakan mazhab al-Qur'an dan AB? Sebab mendahulukan AB kebih pada al-Qur'an ke?

sebab mengikut al-Quran, pengikut para Nabi a.s dipanggil sebagai SYIAH, bukan ASWJ.  yang ini pun Mudah juga bukan?

1. ASWJ tidak tinggalkan hadis al-Thaqalain dan sebaliknya berpegang kpd Kitabullah wa Sunnati. Mereka berpegang dgn kedua-duanya sekali. Mereka berpegang dgn ithrah AB bukan dgn maksud atau cara anda berpegang dan iktikad.  


berpegang kepada kedua2nya sekalikah atau satu saja? semua orang dah tahu siapa yg berpegang kepada yg mana satu wahai Nahzalus. Mungkin sebab itulah anda berpegang kepada fekah 4 mazhab dan kami berpegang kepada fekah Ahlul Bait a.s. Hmmm…..

AB, para isteri Nabi, dan para sahabat, kita boleh panggil mereka orang yang suci dgn maksud meraka orang baik-baik, tinggi kedudukan dan mulia di sisi Allah, kelebihan dan fadilat mereka dirakam dalam al-Qur'an, sangat-sangat menjaga diri dan sangat-sangat bertakwa, sangat-sangat berusaha dgn bersungguh-sungguh melakukan suruhan Allah dan sangat-sangat berusaha meninggalakan larangan Allah dsbnya. Tetapi mereka tidak maksum. Mereka boleh melakukan kesilapan. Mereka boleh melakukan kesalahan. Mereka boleh melakukan dosa. Semoga Allah mengampunkan dosa, kesalahan dan kesilapan mereka. Inilah pegangan saya. Ianya cukup jelas. Jadi salahkah saya kalau saya kata AB (yang anda maksud/mengikut pengertian anda) juga boleh tersalah? Asas mazhab anda tak sama dgn asas mazhab kami. Point maksum tu yang kita khilaf. Yang ni takkan anda tak tahu.
Adakah kekasih anda yang anda cintai apabila dia berkentut, anda mengatakan: fuyyo! wanginya! atas nama cinta?

kalau yg fuyyo fuyyo tu dan kentut-kentut tu, itu pegangan anda Nahzalus. Kami berpegang kepada al-Quran yg mengatakan bahawa “Allah bermaksud utk mensucikan kamu wahai Ahlul Bait, SESUCI-SUCINYA”
anda berfikiran yg telah dibersihkan sesuci2nya  akan melakukan khilaf dan kesalahan dalam perbuatan? Anda buktikan dengan fikiran anda sendiri sementara kami berpegang kepada al-Quran, itulah beza antara kita Nahzalus!

Walaupun cinta, yang salah tetap salah! Ini pegangan kita!  

Umar menolak Nabi saaw menuliskan wasiatnya, salah atau benar? Aisyah menentang khalifah umat ISlam yg sah, salah atau benar? Murka Sayyidatina Fathimah a.s adalah murkanya Rasulullah saaw, salah atau benar?

Anda balik ke kampung, tengok pakcik-makcik anda dok kacau bubur Asyura'. Bila masak, pakat makan ramai-ramai, bukan dalam keadaan menangis. Maka andapun kata ASWJ bergembira pada hari syahidnya S. Husain r.anhu. Gitu ke?

nahzalus, pakcik  makcik anda yg bergembira pada hari Asyura kerana mempunyai seorang anak saudara seperti anda yg bekerja keras membuktikan kekhilafan Sayyidatina Fathimah a.s yg telah disucikan Allah!  Jangan samakan saya dan anda Nahzalus. Kami bukan pecinta para perampas hak Ahlul Bait a.s seperti anda Nahzalus. Dan mengenai kesedihan pada hari Asyura, apakah anda menemui kesedihan pada wajah2 org2 yg memasak bubur Asyura saudara nahzalus?

Sebagai penutup tgh malam buta ni, saya nak panjangkan kepada anda kata-kata pengacara Misteri Nusantara TV3 berkait dgn Imam Mahdi anda:

Jgn biarkan diri anda diselubungi oleh MISTERI!

Bye,


yg diselubungi Misteri adalah kamu kerana kamu tidak mengetahui siapa 'imam mahdi' kamu, bukan kami. Dan lebih misteri ialah....


kenapa kamu menyokong para perampas hak Ahlul Bait a.s?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 3-7-2003 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 1-707-2003 01:38:
Maaf Mk, saya mencelah dulu. Dipersilakan sdr Bill dgn segala hormatnya menyampaikan kepada kami cerita yang tersebut itu sbb kami sudi mendengarnya. Jgn lupa ye sebut rujukannya macam selalu sbb senang saya nak pergi check!...


Assalamualaikum Nahzaluz,

Semoga sejahtera selalu dan selalu didalam perlindungan Allah SWT. Bagi MK, anda bolih mencelah bila-bila masa dan terimakasih terlebih dahulu jika anda sudi menegur MK jika terdapat sesuatu yang silap semasa berhujjah disini.

Tahniah, MK ucapkan kerana Nahzaluz menjawab persoalan mereka dengan terang dan jelas SERTA dapat mengawal perasaan anda tanpa mengeji atau mengutuk mereka. MK, cool buat masa ini kerana sibuk dan juga tidak mahu mengikut perasaan saperti mereka... jadi MK akan membuat penyelidikan lagi dan akan memasuki forum ini. Anda pasti tidak kesaorangan didalam misi ini.

Syabas Nahzaluz, mereka tidak akan menjawab hujjah to hujjah sebab tak ada lojik dalam arguement mereka. Bagi depa AB itu maksum? Nak hujjah apa lagi? Biaq depa dengan pendirian depa? Jadi siapa yang lebih berpandukan Al-Quran dan Hadis? Bagi depa tak perlu berpandukan hadis Rasulullah SAW KERANA Imam-imam depa bolih keluarkan hadis sendiri.. sebab tu Bukhari dan Muslim takut nak 'quote' hadis dari golongan ini kerana.... faham-faham ler
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 3-7-2003 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 1-707-2003 03:30:
Adakah kekasih anda yang anda cintai apabila dia berkentut, anda mengatakan: fuyyo! wanginya! atas nama cinta?
Walaupun cinta, yang salah tetap salah! Ini pegangan kita!
...


WOW!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 09:13 AM | Show all posts
MUAKAKAKAKAKAKAK!!!!!!!!! .......Sayaaaa jugaaaaaa!!!
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 3-7-2003 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 1-707-2003 09:23:
OK pren.... Misteri mende pulak tu... macam bebudak... tak pe, kekadang orang dewasa pun jadi macam bebudak jugak....


Woi Lax,... yang misteri bagi MK - kenapa belum berjawab lagi soalang ini:

Bill... anda kata Imam al-Mahdi a.s. "yang ghaib dan akan muncul semula nanti."

Ini bermakna Imam Mahdi a.s. pernah hidup dizaman sebelum ini.
- Siapakah Imam Mahdi a.s. yang anda katakan itu?
- Bila beliau dilahirkan?
- Siapakah namanya?
- Adakah beliau anak kepada Imam ke-11?
- Adakah beliau memberitahu bahawa beliau akan muncul kembali?
- Adakah ada orang ketiga yang bercakap baginya?
- Anda ada apa-apa bukti atau dalil mengenainya???
      

Anda juga kata "ia akan muncul semula nanti"..
- Tahun bila beliau terghaib?
- Umur beliau berapa semasa beliau terghaib?
- Dimana tempat beliau terghaib?
- Ada berapa orang saksi semasa beliau ghaib?


Mengenai kisah "Diangkatnya Nabi isa a.s, tertidurnya Ashabul kahfi, dibangkitkan kembali Nabi Allah Uzair a.s selepas 109 tahun telah menjadi bukti bahawa Allah AWJ berkuasa memanjangkan usia seseorang semahuNya!"... ianya tidak pernah diPERSOALKAN olih ASWJ sebab ianya ada dalil-dalilnya didalam kitab suci Al-Quran.

TETAPI... tentang Imam Mahdi yang pernah hidup dan TERghaib..., sila berikan bukti dan dalil bahawa Allh SWT telah memberi khabar ini didalam Al-Quran kerana bagi MK tidak mengetahui bahawa masih wahyu dari Allah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW

Ini yang misteri.... Ultraman??
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 3-7-2003 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 1-707-2003 17:02:
yg diselubungi Misteri adalah kamu kerana kamu tidak mengetahui siapa 'imam mahdi' kamu, bukan kami. Dan lebih misteri ialah.......


Sebab tu MK tanya pasal 'Imam Mahdi' you all?
Kalau sudah tidak misteri lagi bagi Bill... Kenapa tak jawab? MALU ke?? Don't be shy ler!!!...


Dalil ada ke? Tapi kalau hadis dari Imam-Imam you all.. susah ikit ler kita orang nak percaya...

[ Last edited by Mat Kampong on 3-7-2003 at 10:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2003 11:07 AM | Show all posts
Soalan asal seperti "Mengapa Omar membantah apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak menurunkan wasiat" pun kamu dan Nhazaluz tak jawab lagi... :sp: nak tambah dengan soalan-soalan lain yang bukan merupakan perkara pokok perbincangan asal nya. Perbincangan asal adalah berkenaan bermula nya bibit perpecahan antara puak yang membantah iaitu 'ASWJ' dan yang menyokong Nabi Muhammad s.a.w. iaitu puak penyokong Nabi dan Ahlul Bait Baginda. ... Jawab tu dulu, satu-satu... jangan jadi pasembor pulak...

Lepas tu ada turutan soalan  yang kamu dan Nahzaluz tak jawab sejak sekian lama... iaitu Mengapa kamu menyetujui tindakan Omar dan kumpulan nya membelakangkan  Saiyidina Ali semasa merebut jawatan khalifah di Saqifah apabila ada hadis sahih kamu sendiri yang mengatakan :" Anta (Ali) min-ni wa ana min-ka " bermaksud," engkau(Ali) daripadaku (Rasulullah SAWA) dan aku (Rasulullah SAWA) daripada Ali," [lihat  Sahih Bukhari, Jilid V, Hadith 50], dan juga Hadith: " Ya Allah tempatkanlah kebenaran di mana juga Ali berada" [lihat teks Hadith Sahih Tirmidzi di bawah (no.4]. Kamu dan Nahzaluz menafikan hakikat itu dan mengatakan Abu Bakar dan Omar adalah setanding malah lebih hebat dan layaklah Saiyidina Ali dibelakangkan... lagi pun mana ada wasiat mengenai nya sebelum Rasulullah s.a.w. wafat.  Jawab!!! Sebab apa kamu melindungi penderhakaan Abu Bakar dan Omar???

[ Last edited by Laxamana. on 3-7-2003 at 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 3-7-2003 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 3-707-2003 11:07:
Soalan asal seperti "Mengapa Omar membantah apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak menurunkan wasiat" pun kamu dan Nhazaluz tak jawab lagi...  nak tambah dengan soalan-soalan lain yang bukan merupakan perkara pokok perbincangan asal nya. Perbincangan asal adalah berkenaan bermula nya bibit perpecahan antara puak yang membantah iaitu 'ASWJ' dan yang menyokong Nabi Muhammad s.a.w. iaitu puak penyokong Nabi dan Ahlul Bait Baginda. ... Jawab tu dulu, satu-satu... jangan jadi pasembor pulak...

Lepas tu ada turutan soalan  yang kamu dan Nahzaluz tak jawab sejak sekian lama... iaitu Mengapa kamu menyetujui tindakan Omar dan kumpulan nya membelakangkan  Saiyidina Ali semasa merebut jawatan khalifah di Saqifah apabila ada hadis sahih kamu sendiri yang mengatakan :" Anta (Ali) min-ni wa ana min-ka " bermaksud," engkau(Ali) daripadaku (Rasulullah SAWA) dan aku (Rasulullah SAWA) daripada Ali," [lihat  Sahih Bukhari, Jilid V, Hadith 50], dan juga Hadith: " Ya Allah tempatkanlah kebenaran di mana juga Ali berada" [lihat teks Hadith Sahih Tirmidzi di bawah (no.4]. Kamu dan Nahzaluz menafikan hakikat itu dan mengatakan Abu Bakar dan Omar adalah setanding malah lebih hebat dan layaklah Saiyidina Ali dibelakangkan... lagi pun mana ada wasiat mengenai nya sebelum Rasulullah s.a.w. wafat.  Jawab!!! Sebab apa kamu melindungi penderhakaan Abu Bakar dan Omar???
...


Susahlah kalau nak terang terang dengan mamat yang dah taksub.. dah terang 2 atau 3 kali tapi tak reti nak faham juga.. kalau dah bangsa melayu tapi tak faham maksud bahasa melayu inikan pulak bahasa Arab.. sebab tu hangpa dok gelong habis..

Guna lojik akal yng dikurniakan Allah SWT ler mamat lax.. nama Lax macam sidekick hero dalam riwayat ramayana.. ada darah India ke? ...Ooops tersasur pulak..
FYI, wahai Lax... Semua umat Islam sudah tahu: Siapakah Nabi Muhammad SAW? Rasul yang tertinggi martabanya, betapa maksumnya baginda, berani, bijaksana dan tegas serta mempunyai kebaikan yang melebihi semua manusia dimuka bumi ini. Hang tanya MK kenapa kami tak membantah atau komen apa-apa apabila Syaiyidina Umar r.a. membantah apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak menurunkan wasiat? Kalau Nabi Muhammad SAW sendiri tidak memarahi dan bersetuju dengan bantahan yang disuarakan olih Saiyidina Umar r.a. MAKA, siapakkah anda dan ulama2 Syiah anda untuk mengungkitnya? Nabi Muhammad SAW selalu bermusyawarah dengan para Sahabat dan kemudian akan membuat keputusan. Nabi SAW tidak perlu bermusyawarah dengan para Sahabat dan bolih membuat keputusan sendiri TETAPI kenapa baginda mengamalkan sikap tersebut?. Adakah jika Nabi Muhammad SAW membuat juga wasiat tanpa menghirau bantahan Saiyidina Umar r.a., apakah Saiyidina Umar akan menentang keputusan Nabi Muhammad SAW?
Woi mamat Lax, Nabi Muhammad SAW lebih arif dan bijaksana serta tidak takut diugut olih sesiapa TETAPI kau serta ulama-ulama Syiah kau mempersoalkan keputusan Nabi SAW kerana tidak membuat wasiat. Who the hell are you and your Syi'ah ulamak?
Wahai Lax yang daif lagi hina, kau yang hina MEMPERSOALKAN keputusan yang telah dibuat olih Nabi Muhammad SAW dan ini bermaksud Lax yang hina mengandaikan bahawa Nabi SAW 'tunduk' atau 'takut' atau 'kecut' terhadap bantahan Saiyidina Umar r.a... please ler.. jangan jadi kanak-kanak bangang yang belum cukup umur!!!

Sekarang saya nak bertanya dengan Lax pulak?

1) Apakah pandangan Lax terhadap Khomeini dan Revolusinya diIran?
2) Adakah Khomeni meletakkan kepercayaan yang salah tempatnya, saperti memilih sesetengah dari pengikut2nya yang setia dalam membantu revolusinya tidak bolih dipercayai, mereka tersebut telah menyeleweng?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2003 03:20 PM | Show all posts
Persoalan yang MK sebutkan itu memang betul. Saya cuma nak tambah perisa sikit je bagi dia kick sikit

Lax,

Anda mengatakan (berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tarmizi) bahawa kebenaran bersama dgn S. Ali. S. Ali buat keputusan apa-apapun dikira benar. Baiklah saya nak tanya satu. Anda tentu masih ingat, dalam banyak-banyak jawapan saya kepada bill, saya ada quote satu hadis panjang dari Sahih Bukhari yang menceritakan dua perkara:
a. Kes S. Fatimah minta bahagiannya dari harta peninggalan Nabi.
b. Kes S. Ali yang membaiah S. Abu Bakar selepas kematian S. Fatimah.

Bukankah S. Ali telah bertindak membaiah S. Abu Bakar? Bahkan sebelum berbaiah beliau menyatakan bahawa beliau tidak menafikan kelebihan S. Abu Bakar. Saya nak tanya satu. Tindakan S. Ali tu betul ke salah mengikut pegangan anda berdasarkan hadis yang anda sebut itu? Tindakan S. Ali mengiktiraf S. Abu Bakar kemudian S. Umar dan kemudian S. Uthman sebagai khalifah benar ke salah? Apa dosa ASWJ mengiktiraf S. Abu dll sedangkan S. Ali mengiktiraf mereka?  

ASWJ meriwayatkan bahawa S. Ali pernah berkata kepada S. Abu Bakar bahawa Nabi meredhai Abu Bakar menjadi pengganti baginda dalam urusan agama (iaitu sebagai imam sembahyang) kenapa kami para sahabat tidak boleh menerima Abu Bakar sebagai pengganti Nabi dalam urusan dunia (sebagai Khalifah)?

Diriwayatkan juga secara mutawatir bahawa S. Ali pernah berkata di atas mimbar Kufah: Seafdal-afdal manusia selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar. Bukankah ini satu pengiktirafan? Kami mengikut S. Ali mempercayai bahawa S. Abu Bakarlah sahabat yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w. Adakah kami bersalah?


Cukuplah setakat tu dulu hari ni. Lain kali sembang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 04:28 PM | Show all posts
Alahai Mat Kampong jangan nak kalut  tanya bab lain, hang jawab tak selesai lagi tu, hang kena dengaq aku punya hujah balas dulu... jangan jadi pasembor. Nanti hang tau sapa yang  tak faham dan taksub sebenar nya...


Susahlah kalau nak terang terang dengan mamat yang dah taksub.. dah terang 2 atau 3 kali tapi tak reti nak faham juga.. kalau dah bangsa melayu tapi tak faham maksud bahasa melayu inikan pulak bahasa Arab.. sebab tu hangpa dok gelong habis..


Nanti hang tau sapa yang  tak faham dan taksub sebenar nya... silap-silap bukan setakat gelong, lucut terus...tak terpakai.


Guna lojik akal yng dikurniakan Allah SWT ler mamat lax.. nama Lax macam sidekick hero dalam riwayat ramayana.. ada darah India ke? ...Ooops tersasur pulak..

hehehehehe... macam lawak senario pulak. Pandai le kau buat joke MK.. best ler... boleh jadi clown.


Hang tanya MK kenapa kami tak membantah atau komen apa-apa apabila Syaiyidina Umar r.a. membantah apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak menurunkan wasiat?


Haa sebab apa tak bantah orang yang menderhaka kepada Nabi Muhammad s.a.w.? Saya tanya kamu, atas perbuatan Omar. Untuk pengetahuan kamu, Omar beralasan Nabi Muhammad s.a.w. meracau kerana sakit kuat dan hampir nazak, sebab tu tak layak membuat wasiat. Omar bertujuan menghalang! Kamu setuju ke dengan tindakan Omar. INI, KAMU DAN NAHZALUZ TAK JAWAB PUN.


Kalau Nabi Muhammad SAW sendiri tidak memarahi dan bersetuju dengan bantahan yang disuarakan olih Saiyidina Umar r.a. MAKA, siapakkah anda dan ulama2 Syiah anda untuk mengungkitnya?


Nampak nya kamu tidak ada ilmu mengenai  wasiat Rasulullah s.a.w ini. Memang kamu guna logik akal kamu  yang sebenar nya tak logik pun. Kamu sampai tak tahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah naik marah dan menyuruh semua yang ada di situ agar keluar dari kamar nya kerana membantah sehingga Nabi Muhammad s.a.w. tak dapat mengeluarkan wasiat berkenaan. Dalam keadaan yang genting begitu, Omar dan suku sakat nya bertengkar membantah keputusan Nabi berkenaan hendak mengeluarkan pesan terakhir agar umat yang ditinggalkan tidak sesat. Nabi Muhammad s.a.w. nyata kecewa dan amat sedih dengan apa yang Omar tergamak buat di penghujung hayat Baginda Rasulullah s.a.w.

Ini bukti nya untuk kamu belajar. Terpaksa lah kamu berguru sekejap dengan Laxamana. Nak buat macam mana, memang kamu tak tahu.

Ketika Nabi sedang sakit keras dan beliau minta kertas dan tinta sebagaimana yang telah diriwayatkan Bukhari [25]. Untuk menuliskan wasiat. Namun Omar menjawab: 揧a Rasulullah: Cukup bagi kami Al-Qur抋n. Dengan susunan kalimat Saidina Umar ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 05:12 PM | Show all posts
Nahzaluz,

Anda mengatakan (berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tarmizi) bahawa kebenaran bersama dgn S. Ali. S. Ali buat keputusan apa-apapun dikira benar. Baiklah saya nak tanya satu. Anda tentu masih ingat, dalam banyak-banyak jawapan saya kepada bill, saya ada quote satu hadis panjang dari Sahih Bukhari yang menceritakan dua perkara:
a. Kes S. Fatimah minta bahagiannya dari harta peninggalan Nabi.
b. Kes S. Ali yang membaiah S. Abu Bakar selepas kematian S. Fatimah.


a. Apa yang jelas kamu tidak dapat menyatakan bahawa Siti Fatimah silap perhitungan dan meminta sesuatu yang bukan hak nya. Manakala Abu Bakar benar dalam tindakan nya dan kemarahan Siti Fatimah bukan lah kemarahan Rasulullah s.a.w.

b. Itu panjang cerita nya, Bill dah huraikan dan kamu tak menjawab dengan hujah balas untuk menafikan keterangan Bill berkenaan penyerangan ke rumah Saiyidina Ali r.a. oleh Omar dan geng nya sehingga Saiyidina Ali r.a.  diancam bunuh dan dipaksa memberi baiah.

Bukankah S. Ali telah bertindak membaiah S. Abu Bakar? Bahkan sebelum berbaiah beliau menyatakan bahawa beliau tidak menafikan kelebihan S. Abu Bakar. Saya nak tanya satu. Tindakan S. Ali tu betul ke salah mengikut pegangan anda berdasarkan hadis yang anda sebut itu? Tindakan S. Ali mengiktiraf S. Abu Bakar kemudian S. Umar dan kemudian S. Uthman sebagai khalifah benar ke salah? Apa dosa ASWJ mengiktiraf S. Abu dll sedangkan S. Ali mengiktiraf mereka?  


Siapakah yang  meriwatkan bahawa Imam Ali lebih rendah kedudukan nya dari Abu Bakar? Berhujah biar jelas. Kita kupas elok-elok... hasil yang baik kita makan bersama... cari jalan untuk tidak berdosaa kerana salah pertimbangan.


ASWJ meriwayatkan bahawa S. Ali pernah berkata kepada S. Abu Bakar bahawa Nabi meredhai Abu Bakar menjadi pengganti baginda dalam urusan agama (iaitu sebagai imam sembahyang) kenapa kami para sahabat tidak boleh menerima Abu Bakar sebagai pengganti Nabi dalam urusan dunia (sebagai Khalifah)?


ASWJ mana yang meriwatkan nya? Ada percanggahan penafsiran bab antara imam sembahyang dengan jawatan Khalifah dan ianya pernah dihuraikan panjang lebar sebelum ini oleh Bill dll berkenaan bagaimana Abu Bakar masuk jadi imam sembahyang berkenaan.


Diriwayatkan juga secara mutawatir bahawa S. Ali pernah berkata di atas mimbar Kufah: Seafdal-afdal manusia selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar. Bukankah ini satu pengiktirafan? Kami mengikut S. Ali mempercayai bahawa S. Abu Bakarlah sahabat yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w. Adakah kami bersalah?


Riwayat mana yang kamu kata mutawatir tu... bukan sekadar sahih sahaja. Kamu bukan mengikut Saiyidina Ali malah menjatuhkan martabat nya, kerana kamu menolak dalam masa yang sama dengan dakwaan kamu di atas, bahawa Nabi pernah berpesan, 揂ku kotanya ilmu dan Ali adalah pintunya". [Mustadrok Al-Hakim Juz 3 hal. 126 dan a mengatakan bahwa hadits itu shahih. Tarikh Baghdad oleh Al-Kathib A1-Baghdadi Juz 4 hal. 34 mengatakan bahwa hadits itu shahih. Ushul Ghobah oleh lbnu Al-Atsir Juz 4 hal. 22, Tadzibudtahdzib oleh Ibnu Hajar juz 7 hal. 427. ] Kamu menolak kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. dalam hal ini dengan hujah kamu di atas. Sebagaimana Omar, kamu berhujah menolak sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Omar hanya mahu Al Quran, menolak wasiat dan tak menyebut penerimaan sunnah. Ahlus Sunnah kat mana kamu ni entah lah. Contoh di atas jelas sekali...  
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-7-2003 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 3-707-2003 16:28:
Nampak nya kamu tidak ada ilmu mengenai  wasiat Rasulullah s.a.w ini. Memang kamu guna logik akal kamu  yang sebenar nya tak logik pun....


Tak ada ilmu camtu pun tak apa... mudharatnya lebih dari kebaikan bagi MK.. amalkanlah apa yang anda puja tu... bye!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2003 05:00 PM | Show all posts
...itu lah degil, main redah je... bila dah tersembam jatuh buat-buat macam tak sakit atau tak de mende berlaku...  kamu tak dapat menafikan kebenaran hujah saya. Itu lah hakikat nya. Terpulang kepada kamu untuk betulkan diri atau tidak... tidak mahu belajar dari kesalahan itu lah sebenar nya akan memudaratkan kamu, bukan sebalik nya. Salam dan selawat buat junjungan mulia dan Ahlul Bait nya. Maruah dan hak mereka tetap dipertahankan. Penderhaka tetap akan menerima padah nya, Insha Allah. Amin. Adios amigo!!! Jaga diri baik-baik Mat Kampong... semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kamu. :2cool:
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2003 09:44 AM | Show all posts
Lax,

Kita semua sudah sedia maklum bahawa al-Rafidah menolak, menghina, melaknat bahkan ada yang mengkafirkan dua orang Sahabat besar Rasulullah s.a.w ini, iaitu S. Abu Bakar al-Siddiq dan S. Umar bin al-Khattab, yang digelar al-Syaikhan. Sebagaimana seseorang itu tidak dikatakan Syiah Imamiyyah sekiranya tidak mengakui keimamahan 12 orang Imam, mereka juga tidak dikira Syiah Imamiyyah sekiranya mereka mengiktiraf 2 orang sahabat besar Rasulullah s.a.w ini. Atas dasar itu, al-Rafidah menolak kelebihan dan fadilat mereka berdua. Sebab itulah, mana-mana hadis ttg mereka dalam kitab ASWJ yang menunjukkan seolah-olah mereka bersalah, atau ada sedikit ruang yang membolehkan peribadi mereka berdua dikritik, maka peluang itulah yang tidak akan disia-siakan sama sekali oleh golongan ini. Dan dalam banyak-banyak hadis ialah hadis yang anda sebutkan ini.

Ttg tohmahan kepada S. Umar, tidak dinafikan tersangat banyak dan ia telah dirakamkan dalam kitab-kitab Syiah sejak zaman berzaman. Dan alhamdulillah, di sana telah bangkit ulama'-ulama' dari kalangan ASWJ yang telah menjawab hujah-hujah mereka dan sekaligus membersihkan peribadi mereka dari tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas. Kitab yang mereka karang alhamdulillah sampai sekarang boleh dibaca. Bukan sahaja boleh dibaca oleh anak cucu orang Arab, bahkan anak cucu orang Melayu pun boleh sama membacanya kalau mereka hendak.

Berkenaan dgn hadis yang anda bawakan ini wahai sdrku Lax, saya tidak nafikan bahawa ia memang ada dalam Sahih Bukhari. Saya tidak lupa ucapkan terima kasih kepada anda kerana menyertai kami dgn mempercayai hadis ini sahih :bg:. sbb kalu tak sahih, takkan anda beriya-iya menyebutnya, sampai tulis dgn dakwat merah, besar pulak tu .

Dalam respon saya ni, kita akan pergi step by step.

1. Sbg permulaannya, saya nak quote lafaznya dalam bahasa Arab:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا اشْتَدَّ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعُهُ قَالَ ائْتُونِي بِكِتَابٍ أَكْتُبْ لَكُمْ كِتَابًا لَا تَضِلُّوا بَعْدَهُ قَالَ عُمَرُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَلَبَهُ الْوَجَعُ وَعِنْدَنَا كِتَابُ اللَّهِ حَسْبُنَا فَاخْتَلَفُوا وَكَثُرَ اللَّغَطُ قَالَ قُومُوا عَنِّي وَلَا يَنْبَغِي عِنْدِي التَّنَازُعُ فَخَرَجَ ابْنُ عَبَّاسٍ يَقُولُ إِنَّ الرَّزِيَّةَ كُلَّ الرَّزِيَّةِ مَا حَالَ بَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ كِتَابِهِ

Kemudian saya quote terjemahan anda:

Bukhari 25. Diriwayatkan dari lbnu Abbas RA 韆 berkata: Ketika Nabi sakit keras beliau berkata “Berilah aku selembar kertas aku akan tulis wasiat niscaya kamu tidak akan sesat setelahku nanti, Umar membantah dengan berkata Nabi terlalu parah sakitnya sehingga tidak terkawal ( meracau, tak betul ) ucapannya dan kita sudah punya Kitabullah Al-Qur’an — cukup bagi kami Kitabullah ,dengan susunan kalimat Omar ini – “yakfina Kitabullah” sebagai tanda  bantahan nya sedang Nabi terlalu uzur untuk bangun , lalu ributlah penghuni kamar beliau sehingga Baginda mengusir mereka tanda marah dan berkata: &#8220ergilah kalian dariku, tidak sepatutnya  tenjadi berbantahan/keributan di hadapanku.” Ibnu Abbas berkomentar: “Bencana terbesar adalah terhalangnya Nabi dari penulisan wasiat itu.  

.... sorry, emergency. Ada kerja. Saya sambung komen saya selepas ini. :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2003 11:12 AM | Show all posts
Ok, kita sambung sikit. Sorry ye, kena sikit-sikit macam ni sbb sibuk sekarang :bg:

Perlu disebut di sini bahawa hadis yang menceritakan ttg apa yang dinamakan sbg Tragedi Khamis ini ada di beberapa tempat dalam kitab Sahih Bukhari. Oleh kerana lax menyebut rujukannya di Kitab al-Ilm, jadi apa yang saya pastekan itu saya ambil lafaznya dari tempat tersebut. Netters semua boleh membacanya satu persatu sbb dah siap dgn baris. Tapi maknanya apa?

Baiklah, cuba baca dulu terjemahan lax. Dah baca? Sekarang mari kita baca terjemahan dalam bahasa Inggeris sekarang yang saya ambil dari internet. Kita sama-sama tgk terjemahan bahasa Inggerisnya sbb kalau saya terjemah sendiri, nanti ada orang yang tak percaya:
http://www.usc.edu/dept/MSA/fund ... ukhari/003.sbt.html

Volume 1, Book 3, Number 114:

Narrated 'Ubaidullah bin 'Abdullah:
Ibn 'Abbas said, "When the ailment of the Prophet became worse, he said, 'Bring for me (writing) paper and I will write for you a statement after which you will not go astray.' But 'Umar said, 'The Prophet is seriously ill, and we have got Allah's Book with us and that is sufficient for us.' But the companions of the Prophet differed about this and there was a hue and cry. On that the Prophet said to them, 'Go away (and leave me alone). It is not right that you should quarrel in front of me." Ibn 'Abbas came out saying, "It was most unfortunate (a great disaster) that Allah's Apostle was prevented from writing that statement for them because of their disagreement and noise.

(Note: It is apparent from this Hadith that Ibn 'Abbes had witnessed the event and came out saying this statement. The truth is not so, for Ibn 'Abbas used to say this statement on narrating the Hadith and he had not witnessed the event personally. See Fath Al-Bari Vol. 1, p.220 footnote.) (See Hadith No. 228, Vol. 4).

Jadi, saya nak tanya sebelum pergi step seterusnya. Dalam terjemahan anda wahai lax, ada penambahan. Betul tak? Anda ambil dari mana terjemahan anda itu? dan dari mana penambahan itu? Kata-kata Umar: Yakfina Kitabullah duduk kat mana? Saya tanya tu sbb dalam Kitabul Ilmi, Sahih Bukhari ada satu hadis ni saja ttg Tragedi Khamis. :bg:

Saya juga nak tanya kalau anda sudi menjawabnya. Agak-agak anda lah, wasiat yang Nabi nak suruh tulis tu apa? :bg:

Setakat tu dulu. Kita tunggu respon lax.

Wassalam.

[ Last edited by nahzaluz on 6-7-2003 at 11:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2003 01:12 PM | Show all posts
Sebelum lax komen ttg respon saya berkaitan hadis tu, saya nak bagi respon sikit kepada posting lax utk MK dan saya. Minta izin MK nak jawab sebahagian sbb ia berkait dgn S. Umar r.anhu.

=============
Haa sebab apa tak bantah orang yang menderhaka kepada Nabi Muhammad s.a.w.? Saya tanya kamu, atas perbuatan Omar. Untuk pengetahuan kamu, Omar beralasan Nabi Muhammad s.a.w. meracau kerana sakit kuat dan hampir nazak, sebab tu tak layak membuat wasiat. Omar bertujuan menghalang! Kamu setuju ke dengan tindakan Omar. INI, KAMU DAN NAHZALUZ TAK JAWAB PUN.


Jawapan saya ialah, berdasarkan hadis-hadis yang menceritakan ttg kes itu, S. Umar tidak bermaksud bahawa Nabi tidak layak membuat wasiat. Siapalah S. Umar untuk mengatakan Nabi tidak layak dan seterusnya membantah dan menentang Nabi! Kesimpulan tidak layak dsbnya itu datang dari anda sendiri, bukannya yang difahami dari hadis ini!
S. Umar tak ada sebut Nabi meracau pun. Yang beliau sebut ialah Nabi sdg sakit tenat. (sila rujuk teks penuh hadis di atas)

Kalau anda kata: S. Umar bertujuan menghalang, saya kata: Ia boleh difahami dari teks tersebut. Apabila Nabi meminta kertas di saat baginda sedang sakit tenat, S. Umar berpendapat (dgn menujukan kata-katanya kepada yang hadir, bukan Nabi) bahawa Nabi sedang sakit tenat, cukuplah bagi kita Kitabullah. Tetapi adakah maksud S. Umar itu bertujuan untuk menghalang terus Nabi dari menuliskan wasiatnya? Apakah yang dapat kita faham dari kata-kata beliau: Rasulullah sedang sakit tenat, (bukan Anta ya Rasulullah sedang sakit tenat)? Adakah S. Umar tahu bahawa Nabi akan wafat selepas itu? Jadi apakah sebenarnya maksud S. Umar?
Fikirkanlah dulu… tetapi jangan lupa, kes ini berlaku hari Khamis, Nabi wafat hari Isnin. Ada berapa hari?

Nampak nya kamu tidak ada ilmu mengenai  wasiat Rasulullah s.a.w ini. Memang kamu guna logik akal kamu  yang sebenar nya tak logik pun.  Kamu sampai tak tahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah naik marah dan menyuruh semua yang ada di situ agar keluar dari kamar nya kerana membantah sehingga Nabi Muhammad s.a.w. tak dapat mengeluarkan wasiat berkenaan. Dalam keadaan yang genting begitu, Omar dan suku sakat nya bertengkar membantah keputusan Nabi berkenaan hendak mengeluarkan pesan terakhir agar umat yang ditinggalkan tidak sesat. Nabi Muhammad s.a.w. nyata kecewa dan amat sedih dengan apa yang Omar tergamak buat di penghujung hayat Baginda Rasulullah s.a.w.
Ini bukti nya untuk kamu belajar. Terpaksa lah kamu berguru sekejap dengan Laxamana. Nak buat macam mana, memang kamu tak tahu.


Nak tanya satu soalan. Anda ada ilmu ttg wasiat Nabi tu.
Apakah sebenarnya yang Nabi nak wasiatkan?

Macam mana MK, dah tahu sekarang yang Omar dan gengnya kena marah apabilai nabi berasa sedih marah dan kecil hati akan balasan 'baik' Omar ke atas pengorbanan Baginda menyampaikan Islam kepada umatnya? Kamu kata Nabi tak marah konon....    Kalau kamu faham betul-betul, Omar telah menolak wasiat Nabi dan menyatakan hanya mahu Al Quran dan membawa maksud sunnah Nabi Muhammad s.a.w. tidak perlu. Kamu mengaku Ahlus Sunnah tu mende nye? Macam kamu le, Omar sebenar nya pakai sunnah yang sesuai dengan perancangan nya saja... contohnya, apa yang Abu Hurairah 'riwayatkan' banyak sangat lah yang Omar gunakan... macam kamu juga.


Yang ni MK akan jawab nanti Insya Allah. Bagi saya, yang pastinya ialah kata-kata S. Umar: حسبنا كتاب الله    bukan bermaksud S. Umar menolak Sunnah.

Sebagaimana riwayat Bukhari di atas, Nabi telah terhalang kerana perbalahan yang riuh rendah tanpa henti dalam keadaan Baginda sedang nazak untuk memberikan wasiat terakhir. Sememangnya Omar menentang tanpa henti sehingga Nabi tak tertahan lagi melihat keadaan itu. Selepas itu, tak sempat dah, Omar bertanggungjawab ke atas halangan berkenaan!


S. Umar menentang tanpa henti? Lepas tu Nabi tak sempat nak tulis wasiat?


Bukan Nabi MUhammad s.a.w. tidak mahu membuat wasiat. Kamu tak boleh menuduh ulamak Syiah, kerana ulamak kamu sendiri seperti Bukhari  meriwatkan bahawa Nabi terhalang oleh Omar yang telah membuat bantahan kerana konon nya Nabi Muhammad s.a.w. sedang tenat dan meracau/pertimbangan tak betul. Baca lah, jangan malas dan keras kepala sangat... lembutkan hati anda untuk bersikap jujur di dalam menilai ilmu. Mat Kampong, hang kena tau... Omar pun tau yang Nabi mesti tak buat silap sebab Nabi maksum lagi terpelihara... dia halang wasiat kerana ada maksud tersirat sampai beranai menghalang Nabi Muhammad s.a.w.


Wasiat ni mesti besar ni! Apa dia hah?

bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2003 02:04 PM | Show all posts
sambungan

Nahzaluz: Anda mengatakan (berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tarmizi) bahawa kebenaran bersama dgn S. Ali. S. Ali buat keputusan apa-apapun dikira benar. Baiklah saya nak tanya satu. Anda tentu masih ingat, dalam banyak-banyak jawapan saya kepada bill, saya ada quote satu hadis panjang dari Sahih Bukhari yang menceritakan dua perkara:
a. Kes S. Fatimah minta bahagiannya dari harta peninggalan Nabi.
b. Kes S. Ali yang membaiah S. Abu Bakar selepas kematian S. Fatimah.

Lax: a. Apa yang jelas kamu tidak dapat menyatakan bahawa Siti Fatimah silap perhitungan dan meminta sesuatu yang bukan hak nya. Manakala Abu Bakar benar dalam tindakan nya dan kemarahan Siti Fatimah bukan lah kemarahan Rasulullah s.a.w.

Nahzaluz: Saya sudah mengatakan dulu bahawa ini kes ijtihad. Yang benar dalam kes ini ialah S. Abu Bakar. S. Fatimah salah dalam kes ijtihad. Dalam kes ijtihad, benar dapat 2 pahala, salah dapat 1 pahala. Tapi jangan silap faham dgn perkataan salah. Perkataan ini (dalam kes yang melibatkan ijtihad) bermaksud kurang tepat  berbanding dgn pendapat satu lagi yang lebih tepat dan lebih dekat dgn al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kemarahan S. Fatimah adalah kemarahan Rasulullah. Tetapi kemarahan dgn hak, kerana beliau tidak maksum sebagaimana ayahandanya s.a.w.

Lax: b. Itu panjang cerita nya, Bill dah huraikan dan kamu tak menjawab dengan hujah balas untuk menafikan keterangan Bill berkenaan penyerangan ke rumah Saiyidina Ali r.a. oleh Omar dan geng nya sehingga Saiyidina Ali r.a.  diancam bunuh dan dipaksa memberi baiah.

Nahzaluz : Cerita tu cerita bohong!
Kalaulah kamu tetap nak suruh saya kata itu cerita benar, baiklah. Kes itu berlaku sebelum kes yang disebut dalam Sahih Bukhari. Kalau kita guna akal, salahkah kalau kita ikut kes yang terkemudian dgn berkata: S. Ali akhirnya mengiktiraf S. Abu Bakar walaupun dulu beliau tak setuju. Maka dgn ini ternyatalah kebenaran berada pada S. Abu Bakar kerana S. Ali yang kebenaran itu sentiasa berada bersamanya (sebagaimana Nabi?) telah mengiktiraf  kelebihan dan kekhalifahan beliau.

Boleh tak kalau saya kata begitu?

Siapakah yang  meriwatkan bahawa Imam Ali lebih rendah kedudukan nya dari Abu Bakar? Berhujah biar jelas. Kita kupas elok-elok... hasil yang baik kita makan bersama... cari jalan untuk tidak berdosaa kerana salah pertimbangan.


Siapakah yang meriwayatkan bahawa S. Abu Bakar lebih rendah kedudukannya dari Abu Bakar?
Kita telah berhujah. Kita dah kupas, tetapi anda tidak mahu makan isi yang baik. Anda nak ambil juga yang buruk.

Saya nak bagitau anda, masalah siapa yang paling afdal, siapa yang paling berilmu, siapa yang paling Nabi sayang dsbnya selepas Rasulullah s.a.w memang menjadi perbincangan di kalangan mazhab. Masing-masing ada hujah masing-masing. Tetapi janganlah apabila kita kata si A paling afdal, maka kita menolak kelebihan orang lain. Mana-mana riwayat sahih ttg mereka kita terimalah.

ASWJ mana yang meriwatkan nya? Ada percanggahan penafsiran bab antara imam sembahyang dengan jawatan Khalifah dan ianya pernah dihuraikan panjang lebar sebelum ini oleh Bill dll berkenaan bagaimana Abu Bakar masuk jadi imam sembahyang berkenaan.


Ini salah satu bab yang pernah dipertikai oleh Syiah dalam usaha mereka menolak Kekhalifahan S. Abu Bakar selepas Rasulullah s.a.w. Mereka tidak pertikai kesahihan peristiwa S. Abu Bakar menjadi imam sebab memang mereka tak boleh nak tolak bab tu, tapi mereka pertikai lagu lain.
Ya, Bill pernah sebut. Saya pernah baca dulu, masa saya mula-mula masuk forum ni.

Riwayat mana yang kamu kata mutawatir tu... bukan sekadar sahih sahaja.  Kamu bukan mengikut Saiyidina Ali malah menjatuhkan martabat nya, kerana kamu menolak dalam masa yang sama dengan dakwaan kamu di atas, bahawa Nabi pernah berpesan, “Aku kotanya ilmu dan Ali adalah pintunya". [Mustadrok Al-Hakim Juz 3 hal. 126 dan a mengatakan bahwa hadits itu shahih. Tarikh Baghdad oleh Al-Kathib A1-Baghdadi Juz 4 hal. 34 mengatakan bahwa hadits itu shahih. Ushul Ghobah oleh lbnu Al-Atsir Juz 4 hal. 22, Tadzibudtahdzib oleh Ibnu Hajar juz 7 hal. 427. ] Kamu menolak kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. dalam hal ini dengan hujah kamu di atas. Sebagaimana Omar, kamu berhujah menolak sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Omar hanya mahu Al Quran, menolak wasiat dan tak menyebut penerimaan sunnah. Ahlus Sunnah kat mana kamu ni entah lah. Contoh di atas jelas sekali...   


Ai, tak tahulah nak kata. Dgn menolak hadis di atas maka saya menjatuhkan martabat S. Ali? Saya dah sebut dulu ttg hukum hadis ni. Betul ke Ibn Hajar kata sahih? Rujuk kitab dia ke atau pakai hentam je? Kedudukan Kitab Mustadrak macam mana pulak? Apa kata al-Zahabi yang menyaring kitab tersebut? Ushul (Usdul?) Ghobah tu kitab apa pulok? Kitab hadis ke kitab biblografi para Sahabat? Tarikh Baghdad bukankah Kitab Sejarah?

Anda sebenarnya tak ada hujah (dari kitab ASWJ) nak tolak apa yang S. Ali sebut atas mimbar Kufah. Lalu bawa mari hadis tu yang ulama’ berselisih pendapat ttg kedudukannya. Jumhur ulama’ hadis mengatakan ia palsu!


Setakat tu dulu hari ni. Jumpa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2003 08:47 AM | Show all posts
Dahsyat nya cuba memutarbelitkan fakta wahai sang Nahzaluz.... hehehehe, biasa lah, saya faham.... dah le setuju dengan Omar menghalang Nabi, kemudian tanya pulak WASIAT APA HAH??? Kamu pun sebenar nya telah berlaku biadab terhadap Rasulullah s.a.w. . Nabi yang sedang menuju penghujung usia dalam keadaan huru-hara akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Omar tentu nya tertekan dengan keadaan... kamu cuba beralasan Omar bukan menghalang, tapi beri pendapat semata-mata, nampak nya jahil sangat lah kamu tentang ini... dan tidak membaca apa yang dituliskan... tidakkah saya telah meriwatkan akan kemaraham Rasulullah s.a.w. kerana berlaku kekecohan akibat tindakan Omar? Tidakkah itu halangan asal dari Omar? KENAPA??? Kenapa Omar berani menyekat kemahuan Rasulullah s.a.w. walaupun dengan alasan sakit tenat walaupun kamu menafikan yang lain? KENAPA MENGHALANG? KENAPA BERKATA DEMIKIAN? APA TUJUAN? Kamu skip semua yang saya tulis, buat homework kamu dulu... dan jawab satu persatu.... (berrsambung, ada urusan sikit )
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 7-7-2003 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 4-707-2003 17:00:
...itu lah degil, main redah je... bila dah tersembam jatuh buat-buat macam tak sakit atau tak de mende berlaku...  kamu tak dapat menafikan kebenaran hujah saya. Itu lah hakikat nya. Terpulang kepada kamu untuk betulkan diri atau tidak... tidak mahu belajar dari kesalahan itu lah sebenar nya akan memudaratkan kamu, bukan sebalik nya. Salam dan selawat buat junjungan mulia dan Ahlul Bait nya. Maruah dan hak mereka tetap dipertahankan. Penderhaka tetap akan menerima padah nya, Insha Allah. Amin. Adios amigo!!! Jaga diri baik-baik Mat Kampong... semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kamu.  ...


Sapa yang degil.. sapa yang tersembam dan jatuh tergolek? Sikit pun MK tak heran dengan ilmu yang Lax ada.. ...
Kalau dok dengan Ya Ali!!! Ya Hussain!!! takkan kemana.. teruslah siLax terjun dengan labu-labunya... Mazhab Ahlul Bait konon!!! musang berbulu ayam ade ler..
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 7-7-2003 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 6-707-2003 13:12:
Yang ni MK akan jawab nanti Insya Allah. Bagi saya, yang pastinya ialah kata-kata S. Umar: حسبنا كتاب الله    bukan bermaksud S. Umar menolak Sunnah....


Salam Nahzaluz,

Terimakasih kerana mengulas dengan penuh tertib dan bijaksana. MK tahu memang kurang tahu mengenai sirah 'Trajedi Khamis' yg begitu important bagi gulongan Syiah.. (bukan apa? nak gunakkan sebagai weapon untuk melanyak dan menghina Saiyidina Umar r.a... sebab tu penting). Bagi MK ianya dapat ditafsirkan dengan menggunakan hukum akal dan dikuatkan lagi dengan dalil-dalilnya.. tak payah nak buat cerita rekaan dan dongeng bahawa apa yang nak dikatakan olih nabi ialah wasiat pengganti baginda Nabi SAW?
Jadi siapa yang banyak buat bida'ah disini? Kalau Lax ingat fahaman depa betul.. biarkan.. MK tak gemar nak berdebat dengan perkara yang yang tak nyata hanya andaian.. sebab it is my word or your word... apa nak dipercayakan kalau 'PEMBOHONGAN BOLIH DILAKSANAKAN' dalam pemahaman mereka.. there is NO TRUTH anymore if you're allowed 'TO LIE' ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.206264 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list