CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1006|Reply: 10

Lelaki Mabuk Terjah Surau Taman Universiti Nak Tikam Penceramah

[Copy link]
Post time 14-11-2022 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penceramah berdepan detik cemas apabila hampir diserang seorang lelaki ketika memberi ceramah selepas solat Maghrib di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai malam semalam.


Tindakan lelaki yang bersenjatakan dua bilah pisau cuba menyerang penceramah itu bagaimana pun berjaya dihalang jemaah di surau tersebut.




Senjata yang digunakan seorang lelaki ketika cuba menyerang seorang penceramah di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai.




Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.55 malam.


“Dalam kejadian tersebut, suspek yang merupakan lelaki Melayu berada dalam pengaruh alkohol telah masuk ke surau itu dan menyerang penceramah agama berkenaan menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak.


“Bagaimanapun tindakan suspek tersebut dapat dihalang jemaah lain sebelum mereka menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Suspek berusia 38 tahun itu berjaya ditahan dan pihaknya merampas pisau serta botol arak berkenaan.


Siasatan mendapati suspek merupakan seorang penganggur dan dikehendaki berkaitan kes dadah.


“Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan suspek direman selama empat hari hingga 17 November ini,” katanya.


Siasatan lanjut mendapati suspek tiada motif melakukan perbuatan tersebut selain berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan sehingga hilang kawalan diri.


Selain itu, pihak polis juga sudah merakamkan keterangan saksi-saksi di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.




Sumber: UTUSAN










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 09:57 PM | Show all posts
Ringkasan: Suspek bukan kafir harbi tapi melayu islam

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau word liquor sudah dimelayukan jadi likeur
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 10:08 PM | Show all posts
baru minum sebotol 40% sudah hilang pertimbangan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 14-11-2022 10:06 PM
Baru tau word liquor sudah dimelayukan jadi likeur

Like ur kut hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Likeur cap PASANGAN.
Cuman, pasangan tu macam tengah berselingkuh ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg skali..klu buat jenayah waktu mabuk, mgkin xdikenakan hukuman.. NGO pun prihatin.. kehkehkeh

Adakah ko kepedasan mamat dgr topik ceramah tu??

Itulah monyet, den kata jgn mkn cili merah tu..ko mkn juga..kan dah pedas.. kehkehkeh err sketsa ini tiada kene mengena dgn yg hidup ataupun dah kojol .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 10:39 AM | Show all posts
Dah le mengganggur buat onar dlm masjid. Mesti dia terkesan dengar ceramah Zulhuzaimy nak sembelik kafir harbi.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
igt td Taman Universiti kt sini
alhamdulillah dpt tangkap pelaku, suruh kerja xnak maka inilah jln yg dia pilih
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupuskan je la penjenayah tu. Kalo takat jd manusia x berguna je ok lg. Tp kalo da masuk bab mengancam nyawa org lain ini x blh dibiarkan. Lupus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049563 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list