CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43620|Reply: 256

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 10-5-2024 08:41 PM

Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid

Ridauddin Daud

05/05/2024 18:18 MYT



Menerusi perkongsian di laman X daripada Fina Nasrom, wartawan Astro ARENA itu memaklumkan kejadian berlaku di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya. - Foto: Fina Nasrom / Astro Arena


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini, negara digemparkan dengan kes pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, hari ini, Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.

Menerusi perkongsian di laman X daripada Fina Nasrom, wartawan Astro Arena itu memaklumkan kejadian berlaku di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya.

Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.



Keadaan Faisal selepas dibantu orang awam ketika berada di sebuah kompleks membeli-belah terkemuka Malaysia.

Berdasarkan gambar yang dikongsi kepada Astro AWANI, terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian tersebut dan Astro AWANI akan membawakan maklumat lengkap selepas kenyataan media diperoleh.

Beliau memaklumkan, Faisal kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan kini berada dalam keadaan stabil.

Tambah beliau, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kes tersebut pada jam 5.51 petang pada Ahad.

“Polis Petaling Jaya telah menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan Emergency Response Services 999 memaklumkan pemain bola sepak kebangsaan telah disimbah cecair disyaki asid.

“Kejadian berlaku semasa beliau berada di sebuah pasar raya terkemuka di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut untuk menghubungi PDRM untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, media sosial dilihat mula berkongsi gambar insiden tersebut sebaik ia mula tular pada petang Ahad.


Majoriti daripadanya mahu pelaku ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.


Bahkan, ramai juga bimbang dengan keselamatan para pemain kebangsaan memandangkan ia adalah kes serangan kedua dalam tempoh tiga hari.


Sementara itu, menerusi hantaran di laman X, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keganasan terhadap atlet.


"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports!

"Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," tulis beliau.
Sementara itu, Selangor FC menerusi satu kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius insiden menimpa pemain sayapnya, Faisal Halim pada petang Ahad.

Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Selangor FC menyeru penyokong dan peminat bola sepak negara memberi sokongan moral kepada Faisal dan keluarganya.

“Selangor FC menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini,” menurut kenyataan itu.


https://www.astroawani.com/berit ... ercayai-asid-469229

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2024 08:10 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape Gambo depan lain
Masuk2 lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2024 08:15 PM | Show all posts

Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera

Oleh
NURATIKAH ATHILYA HASSAN
05 Mei 2024 07:26pm



Hannah Yeoh (kiri) dan tangkap layar hantaran Hannah di Aplikasi pada Ahad


SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.

Menerusi satu hantaran di Aplikasi X, beliau menegaskan bahawa keganasan tidak sepatutnya berlaku dalam bidang sukan negara.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Faisal atau lebih dikenali sebagai 'Mickey' telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemainSelangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian tersebut.

Bagaimanpun, dia telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ini merupakan kes kedua melibatkan pemain bola sepak.

Sementara itu, Selangor FC telah mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu yang terlibat.

"Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

"Selangor FC menyeru penyokong dan peminat bola sepak seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim sekeluarga serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini," kata kenyataan itu.

Pada Khamis, pemain bola sepak Terengganu FC, Akhyar Rashid disamun di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.

Akibat kejadian itu, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.


https://www.sinarharian.com.my/a ... guna-motosikal-curi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2024 08:19 PM | Show all posts
Penyerang Faisal Halim guna motosikal curi


05 Mei 2024 07:03pm



Laporan Sinar Harian


SHAH ALAM - Pihak polis kini sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran susulan kes pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid di damansara sebentar tadi.

Menurut sumber Astro Arena, Faisal ketika itu sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah dan dua individu bermotosikal menghampirinya sebelum menyimbah asid kepadanya.

Semakan terhadap nombor kenderaan yang digunakan merupakan nombor kenderaan palsu dan motosikal itu dipercayai motosikal curi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Astro Arena


https://www.sinarharian.com.my/a ... guna-motosikal-curi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2024 08:24 PM | Show all posts

Serangan asid: Faisal Halim stabil, melecur tahap dua - Exco

Kategori: Jenayah  

Kemas kini: 05 Mei 2024 08:11 PM



Gambar tular Faisal Halim cedera selepas diserang dengan cecair dipercayai asid


SELANGOR, 5 Mei- Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera akibat disimbah cecair dipercayai asid pada kejadian petang dilapor dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi yang mengesahkan perkara itu berkata, Faisal mengalami luka melecur tahap dua di beberapa anggota badan sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Tambah beliau, pemain berusia 26 tahun itu sedang dirawat di sebuah hospital.

"Saya mengecam tindakan kekerasan seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

"Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Faisal didakwa telah diserang oleh individu tidak dikenali di sebuah kompleks beli belah di Damansara, hari ini.

Beberapa gambar beliau dengan kesan kecederaan pada anggota badan tular di media sosial.


https://berita.rtm.gov.my/jenaya ... l-melecur-tahap-dua
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2024 08:32 PM | Show all posts

Polis terima laporan Faisal Halim disimbah asid

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my



RAKAMAN gambar tersebar di media sosial memaparkan Faisal selepas disimbah asid. FOTO tular media sosial


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan pemain bola sepak kebangsaan disimbah asid ketika berada di pusat beli-belah di Kota Damansara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 5.51 petang.


"Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, mengesahkan ia adalah gambar Faisal Halim atau dikenali dengan Mickey selepas tersebar di media sosial ketika ini.

Difahamkan, Mickey diserang selepas bermain go kart di sebuah pusat beli-belah terkemuka dan punca sebenar mengapa dirinya diserang masih menjadi tanda tanya.

Disiarkan pada: May 5, 2024 @ 7:31pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... halim-disimbah-asid
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 5-5-2024 08:19 PM
Penyerang Faisal Halim guna motosikal curi



Apo tajuk ingat dia curi motor sbb tu kana simbah acid adoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
yg hitam2 tu kulit terbakar ke apa tu?
mujur la tak herot mencair kulit semua tu.
dah knp rakyat skrg ni??? kejenya nak lanyak org je
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tropicana Gardens mall ni..berani ek buat job kt mall…motip pasaipa?ada tangan ghaib yg upah ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Asid tahap tak kuat sampai mencair eh..uihh nasib masih elok lagi kejadian rupa asal. Jahat betol ya orang2 sekarang. Nauzubillah min Zalik
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
buat dkt mall terang2 mcm tu
hrp dpt tangkap pelaku ni
tapi ada kena mengena ke haritu akhyar ni dia pulak
dua2 pemain bola kan eh entahlah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:49 PM | Show all posts
sebab pemain junior mengadu kena buli dengan pemain senior ke chuols? gitu meols memandai
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2024 10:21 PM | Show all posts
Ada saksi nampak penyerang simbah Faisal Halim guna asid - “Dia kena masa nak turun kereta”

Ahad, 05 Mei 2024 8:24 PM
Oleh: MSTAR



Seorang pelayar X mendedahkan kereta miliknya turut terkena simbahan asid dalam serangan berkenaan.


KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pemain bola sepak yang disimbah asid, Faisal Halim kini berada dalam keadaan stabil.

Jelasnya, pemain kebangsaan itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya selepas dia diserang di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Ahad petang.


"Pada pukul 5.52 petang tadi, polis Petaling Jaya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan kecemasan 999 bahawa seorang pemain bola sepak kebangsaan disimbah cecair dipercayai asid," ujarnya dalam satu kenyataan.


Hussein turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.


ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim cedera disimbah asid di litar go-kart dalam pusat beli-belah

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet diserang... Hannah Yeoh gesa PDRM buru individu simbah asid kepada Faisal Halim


Dalam pada itu, seorang wanita mendedahkan dia turut berada di lokasi kejadian ketika Faisal disimbah asid.

Menerusi perkongsian foto di platform X, wanita itu berkata cat pada bahagian depan keretanya turut terkena simbahan asid berkenaan.

"Tak pasal-pasal kereta saya pun kena, sebab kereta saya parked sebelah kereta Faisal Halim. Nasib baik family saya sampai dekat carpark selepas kejadian. Nauzubillah.

"Tak tahu (asid jenis apa). Tapi asid macam mana pun memang teruk la kan? Cat kereta pun boleh jadi macam tu. Kalau kena badan lagi la teruk. Kesian. Alhamdulillah, saya dan keluarga tiada apa-apa.

"Dia kena simbah time nak turun kereta," dakwa wanita itu menerusi ciapannya di platform X.


https://www.mstar.com.my/sukan/2 ... sa-nak-turun-kereta
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:34 PM | Show all posts
Walau asid x kuat tetap merosakkan lapisan kulit..semoga cepat sembuh..mesti trauma lepasni bila keluar kat tempat crowded

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 5-5-2024 10:48 PM
syamzana replied at 5-5-2024 08:41 PM
yg hitam2 tu kulit terbakar ke apa tu?
mujur la tak herot mencair kulit semua tu.
dah knp rakyat sk ...


Hitam² tu macam kesan bag yang terkena asid sekali kot sebab ada tunjuk beg hitam kesqn asid dalam berita tadi.

Tak sapat bayangkan sakit terkna asid. Semoga cepat sembuh.

Perempuan yang parking kereta sebelah tu berani jugak share kat X, kalau I memang tak la nak share kat public platform macam tu, seram takut jadi target pulak sebab kes berat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila Selamgor lawan jdt ek
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada speku geng yellow.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 5-5-2024 10:50 PM
Bila Selamgor lawan jdt ek

10hb nie. Piala Sumbangsih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.276169 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list