CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12852|Reply: 0

[Tempatan] Akmal Saleh berjaya sedia kerusi meja untuk pelajar dalam 24 jam

[Copy link]
Post time 17-5-2024 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Akmal Saleh berjaya sedia kerusi meja untuk pelajar dalam 24 jam

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... lajar-dalam-24-jam/

Oleh KOSMO!
16 Mei 2024, 9:42 pm


Akmal menyusun kerusi dan meja bersama pelajar di sebuah sekolah agama di Melaka.

PETALING JAYA – Masalah ketiadaan kerusi dan meja sehingga menyebabkan pelajar di sebuah sekolah agama di Melaka terpaksa menjalani pembelajaran di lantai berjaya diselesaikan Dr. Akmal Saleh dalam tempoh 24 jam.

Perkembangan tersebut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi lebih dua minit itu, sebanyak 36 kerusi dan meja disediakan kepada kelas tersebut.

“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam (tempoh) 24 jam. Tak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.

“Semoga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Akmal ‘mengamuk’ selepas mendapat tahu pelajar di sekolah tersebut tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.

Akmal juga terkejut apabila diberitahu kelengkapan itu tidak disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), meskipun telah menerima peruntukan akhir tahun lalu.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, bantuan berkenaan merupakan keperluan yang mendesak bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk pelajar.

“Jadikan ini, isytihar aset sahaja. Kalau lagi tiga bulan dapat (kerusi dan meja) pandailah ustazah masukkan ke kelas baru yang lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.083146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list