CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 29-12-2015 11:55 AM | Show all posts
minahmanja replied at 29-12-2015 10:44 AM
hi me... kalau tk keberatan leh share tk brape rm pakej umrah ngan TH...

boleh bukak website tabung haji.. ada 4 pakej kt situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 12:03 PM | Show all posts
smartheartku replied at 29-12-2015 11:55 AM
boleh bukak website tabung haji.. ada 4 pakej kt situ

ade eh.. ok nk tgk la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:32 AM | Show all posts

website tabung haji travel. silap

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:38 AM | Show all posts
smartheartku replied at 30-12-2015 07:32 AM
website tabung haji travel. silap

haha.. puas belek smalam tk jumpe... tgk kat th travel baru nmpk.. hehe..thanks anyway..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:59 AM | Show all posts
tgh kemas2 folder dalam pc, tertengok lak gambar tgh tahun lepas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dellila69 at 30-12-2015 04:35 PM

Salam..sorry menyampuk...silence reader je before ni..kitorang 5 tahun lps pegi dgn travel agency kawan my dad.tapi kitorang just ambik transport hotel je..makan semua kitorang beli sendiri dr pagi sampai dinner.bag semua pun tak ambik..and memang dpt jimat byk..memang enjoy sgt dgn local food. time tu kitorang pegi 17d 15n.

insyaallah next month kitorang akan berangkat ke mekah dgn travel agency yg sama cuma this time visa hanya approve 15d13n

minta sahabat doakan semoga dipermudahkan..sebab kali ni nak bwk my 2 sons sorang 2thn sorang setahun yg mmg tgh active yg amat..5 thn lepas single mingle lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2015 08:22 AM | Show all posts
dellila69 replied at 30-12-2015 04:32 PM
Salam..sorry menyampuk...silence reader je before ni..kitorang 5 tahun lps pegi dgn travel agency ka ...

Wassallam.

Aminn....semoga semuanya dipermudahkan Allah.
best jugak kalau dapat pegi ambik hotel dan transport je.
kalau kali pertama oklah nak pegi ziarah2 semua.
kalau dah berkali2 rasanya tak perlu sangat.
sebab yang pergi berkali2 ni hanya nak beribadat di kedua2 masjid di Mekah dan Madinah sepenuhnya. Wallahualam

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:09 AM | Show all posts
setiap hari dok kira berapa hari nk pergi..tak sabar sangat n risau suami or sy sendiri sakit. harap2 suami okla sbb kalau dia takleh p saya pon takleh p sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 02:56 PM | Show all posts
alam_maya replied at 28-12-2015 04:26 PM
Salam...

saya baru balik dr mekah n madinah selasa lepas.. sapa2 nk gi umrah yg perlukan internet ...

nak boleh? saya 1 famili nk g 14hb january..2 minggu lagi..boleh pos ke? hihi..sy duk kot bharu..huhuhu... 017-9728852

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:20 PM | Show all posts
nashrudean replied at 31-12-2015 02:56 PM
nak boleh? saya 1 famili nk g 14hb january..2 minggu lagi..boleh pos ke? hihi..sy duk kot bharu..h ...

simkad ni valid berapa lama ya?
kalau macam yg Indonesia punya kita reload sebelum xpiry datenya kita boleh sambung2 share guna.
yang Saudi agak2 macam mana ya?
kalau nashrudean sambung pakai ......mungkin selepas tu boleh pass dkt orang lain pulak.
panjang rangkaian 'markah' tu......wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 12:03 PM | Show all posts
salam semua...sy br balik dr menunaikan umrah hari khamis minggu lepas. pergi dgn TA wira saujana. alhamdulillah sangat berbaloi untuk 1st timer mcm sy. semua guided & sangat smooth. cuma hotel di mekah walaupun jarak dekat (+-180M), tapi kena kerabat bukit sikit. orang berumur yg sakit lutut/kaki mungkin bermasalah sikit. huhu....


p/s: rindunya haramain....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 10:08 AM | Show all posts
shunnaray replied at 1-1-2016 12:03 PM
salam semua...sy br balik dr menunaikan umrah hari khamis minggu lepas. pergi dgn TA wira saujana. a ...

Alhamdulillah.....
hotel dekat area mana yang berbukit tu?
belakang clock tower ke?
saya dan suami hari2 akan lihat solat subuh di Masjidilharam melalui youtube untuk hilangkan rasa rindu....tapi masih belum dapt
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 01:39 PM | Show all posts
dellila69 replied at 30-12-2015 04:32 PM
Salam..sorry menyampuk...silence reader je before ni..kitorang 5 tahun lps pegi dgn travel agency ka ...

salam,  boleh share nama travel agent mana tu?  TQ
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 04:35 PM | Show all posts
dee556 replied at 4-1-2016 10:08 AM
Alhamdulillah.....
hotel dekat area mana yang berbukit tu?
belakang clock tower ke?

hotel nada al deafah di ajyad. betul2 blkg hotel le meridien...

betul, mmg rindu sgt2...sy pun dok tgk channel makkahlive untuk mengubat rindu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 05:37 PM | Show all posts
peluang nak cari pahala yang banyak yang berterusan di tanah suci

Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.

Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda ” 2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya. Dua jenis tawaf itu adalah tawaf setelah solat Subuh yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan tawaf setelah solat Asar yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.” Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya. Malah saya ada mendengar seorang Ustaz berceramah, pada waktu inilah berlakunya pertukaran shif Malaikat yang mencatit amalan kebaikan.

Ibnu Umar pula menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah Azza Wa Jalla akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat satu darjat untuknya.” AllahuAkbar. Berapa banyak langkah yang kita lakukan semasa kita sedang bertawaf ? Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa kita terampun.


http://iqbalsafwan.com/amalan-yang-lebih-utama-semasa-di-makkah/

jom kita semua pakat wakaf kerusi roda di tanah suci , cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita akan dapat, dari hotel pergi ke masjidil haram untuk menunaikan solat yang mendapat ganjaran 100 ribu pahala , kerusi roda itu pula digunakan untuk tawaf . jika kebetulan pula kerusi roda itu digunakan pada malam lailatul qadar , pahala didarabkan lagi dengan 1000 bulan .



Kerusi roda ini di wakafkan di Arab Saudi untuk jemaah Malaysia menunaikan Haji & Umrah.. Ini disebabkan ramai jemaah Malaysia menunaikan haji & umrah pada usia warga emas.. Keperluan kerusi roda amat diperlukan, Coop Al-Hajj mewakafkan kerusi roda di Mekah dan kami amanahkan rakyat Malaysia yg tinggal di sana untuk penjagaan kerusi tersebut...




sumber ~ [url]https://www.facebook.com/permalink.php?id=735476109911968&story_fbid=735559453236967
[/url]






Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 07:31 PM | Show all posts
WAKAF & SEDEKAH JARIAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Seminggu dua kebelakangan ni aku happy melayan tetamu-tetamu Allah yang mai walaupun aku kurang sihat.  Paling best tu dan buat aku bersemangat sebab mak dan adik aku mai.


Seronok bawa tetamu-tetamu Allah pi Raudhah dan ditambah pulak tu dok tolong kawan-kawan yang bagi duit minta tolong uruskan wakaf dan sedekah jariah di masjid Nabawi. Semua ni aku buat ikut giliran permintaan. La ni pun ada banyak lagi yang aku dok pegang duit orang. Seronok aku bila dapat tolong saudara mara dan kawan-kawan buat kerja mulia ni. Aku bersyukur sebab semakin ramai orang kita dah mula sedar dan faham akan pahala wakaf dan sedekah jariah ni.


"apabila mati seseorang manusia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca iaitu anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang dimanafaatkan oleh orang dan sedekah yang berkekalan" - diriwayatkan oleh Muslim.

Apapun jugak, aku tak belasah saja uruskan duit amanah tu. Aku terlebih dulu cek dengan pihak masjid Nabawi akan segala  hal berkaitan wakaf dan sedekah jariah ni. Tak boleh dok suka-suka buat satni tak kena pulak, jadi sia-sia.


Antara wakaf dan sedekah jariah yang paling banyak orang dok buat di masjid Nabawi dan juga yang aku dok tolong uruskan adalah :


AL QURAN


Wakaf Al Quran ni paling ramai yang minta tolong aku uruskan. Quran untuk wakaf di masjid Nabawi adalah Quran yang ada cetakan khas, bukan sembarangan Quran boleh diletak dalam masjid tu. Kalau kita tengok ramai yang orang dok juai di luaq dataran Nabawi tu tapi yang tu tak boleh diguna pakai dalam masjid Nabawi. Kalau kita pi bagi kat pejabat depa nak wakaf, mesti depa reject. Kalau kita pi letak sendiri pun, nanti bila depa cek, depa buang dari dalam masjid tu dan simpan di tempat lain.

Kiri : Bahagian depan Al Quran kena ada tulisan dalam bulatan tu saja.
Kanan : Mukasurat depan sekali kena ada cetakan tu baru boleh diguna pakai dalam masjid Nabawi



Kita kena beli di kilang Quran ataupun di kedai-kedai yang ada juai cetakan khas tu. Kita boleh tanya di pejabat masjid kalau tak pasti cetakan yang macam mana dimaksudkan. Lepaih kita beli, bawa pi kat pejabat masjid di pintu 25H dan bagitau nak wakaf. Nanti depa cop wakaf.


** Buat masa la ni yang saiz sederhana dihentikan keluaran sementara waktu. Tak tau pasai apa. Nak cari di kedai pun payah dapat. Jadi, untuk wakaf buat masa la ni, kena beli yang besaq dengan harga SAR58. Itu kalau di kilang. Kalau di kedai SAR75.


KERUSI RODA


Yang ni pun aku dok tolong uruskan. Harga pasaran adalah SAR300-320 tapi aku dapat dengan harga yang cukup berpatutan iaitu SAR240 sebab beli banyak..kot. Kerusi roda ni cukup diperlukan di masjid Nabawi.





Kita beli dan bawa pi ke pejabat masjid macam biasa. Tulis dalam buku di pejabat tu wakaf atas nama sapa dan depa akan tulis pulak di kerusi roda tu, wakaf.


KERUSI LIPAT


Kerusi lipat ni pun diperlukan di masjid Nabawi. Harga dalam SAR20-25. Macam biasa, beli dan bawa pi pejabat depa untuk uruskan wakaf.





UMRAH

Orang-orang sini tak berapa buat sangat wakaf seperti yang di atas tu.  Selalunya orang luaq yang buat. Depa sini lebih kepada sedekah duit untuk orang pi buat umrah. Belanja untuk sorang dalam SAR100-SAR150 sahaja. Depa akan cari sapa-sapa saja yang kurang mampu untuk pi buat umrah. Dan sudah semestinya orang tu akan mendoakan orang yang memudahkan langkah dia untuk buat ibadah mulia tu kan? Sama-sama beroleh hasanah. InsyaAllah.


MAKANAN & MINUMAN


Yang ni kena rajin sikit. Lebih elok kalau dibuat pada hari Isnin dan Khamis sebab ramai jemaah puasa. Kalau hari-hari lain pun takpa jugak. Kita beli makanan apa pun tak kisah ikut bajet yang kita ada dan kita pi bahagikan kat jemaah menjelang waktu maghrib. MasyaAllah, boleh tengok betapa suka dan bersyukurnya depa bila kita bagi makanan. Kita yang bagi ni pun rasa bersyukur dan suka jugak. Terharu pun ada.


Rasulullah SAW bersabda :
"Naungan orang yang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya." - hadis riwayat HR Ahmad



Seperkara untuk renungan bersama : Bila kita dah tetap nak mai buat ibadah umrah maka selalunya kita buat kenduri kesyukuran kan? Tetamu-tetamu yang mai makan kenduri di rumah kita tu, mengikut kebiasaan orang-orang kita, ada yang sedekahkan duit. Jadi, duit tulah paling elok kita gunakan untuk buat wakaf dan sedekah jariah ni. Berpanjangan pahala sedekah tu. InsyaAllah..


Untuk kita nak bagi buah tangan atau hadiah bila balik ke Malaysia nanti, kita gunalah duit kita pulak beli segala apa yang kita nak bagi. Balik pi sana, kita bagi kat kawan-kawan, pahala sedekah kita pun berpanjangan apatah lagi kalau barang yang kita bagi tu boleh diguna untuk jangkamasa yang lama. Dengan doa dari kawan-kawan juga, semuga beroleh keberkatan dan bertambah rezeki kita. InsyaAllah.

Apa pun juga, yang buruk dari aku dan yang baik adalah dari Allah SWT jua.

Bersedekah tu ibadah mulia, niat bersedekah tu yang kadang-kadang tak mulia.


http://yatitweettweet.blogspot.m ... sedekah-jariah.html




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 02:46 PM | Show all posts
Ramai orang berlumba nak bersedekah di Tanah Haram, tetapi melupakan sedekah di tempat sendiri.

Sibuk wakaf Quran di Masjidil Haram, sedangkan masjid, surau di tempat sendiri atau di negara jiran lebih memerlukan Quran wakaf.

Ini termasuk dalam Fiqh Awwaliyyat, membantu yang terdekat lebih utama dari yang jauh lebih2 lagi di Tanah Haram kerajaan Saudi dan tokey2 besar sudah ramai bersedekah di sana.

Walaupun acap kali dinasihati, di syarah ramai jemaah tak paham. Seperti juga kes cium Hajarul Aswad jangan upah sindiket utk cium Hajarul Aswad kerana hukumnya haram, haram kerana memberi upah utk mengasari orang lain utk kita pergi cium. Ramai jemaah memekakkan telinga.

Semua ini termasuk dalam bab kesempurnaan Umrah dan Haji. Kerana kesempurnaan dan mabrur termasuk memahami falsafah ibadah tersebut bukan setakat tahu halal haram bayar dam sahaja atau keseronokkan mengejar pahala.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mas211 replied at 4-1-2016 01:39 PM
salam,  boleh share nama travel agent mana tu?  TQ

kitorang ambik de mawardah travel
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:16 PM | Show all posts
dellila69 replied at 7-1-2016 10:24 AM
kitorang ambik de mawardah travel

TQ for info.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 07:34 PM | Show all posts
ambok replied at 4-1-2016 07:31 PM
WAKAF & SEDEKAH JARIAH

بسم الله الر& ...

Wakaf dan sedekah jariah adalah satu amalan mulia, lebih-lebih lagi dilakukan di tanah suci makkah dan madinah, pahala berganda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.212834 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list