CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5989|Reply: 0

[Pahang] Lelaki rentung lori terbakar selepas langgar belakang treler

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN sebuah lori yang terbakar dalam kejadian kemalangan maut di laluan Lingkaran Tengah Utama di Bentong hari ini.

BENTONG – Seorang lelaki rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas merempuh belakang sebuah lori treler yang berhenti di tepi jalan berhampiran Bulatan Mempaga laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu mangsa, Mohd. Ghazi Abdul Razab, 53, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lelaki yang memandu lori berkenaan mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 4.44 pagi mendapati sebuah lori terbakar selepas melanggar belakang sebuah treler yang dipercayai diletakkan di tepi jalan.

“Kemalangan telah menyebabkan lori berkenaan terbakar 100 peratus, manakala satu mangsa di dalam lori berkenaan rentung dan seorang lagi mengalami kecederaan.

“Lori treler pula terbakar di bahagian belakang dan pemandunya selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis.

Dalam pada itu beliau berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.58 pagi berjaya mengawal kebakaran pada pukul 6.03 pagi.

Beliau memberitahu pemadaman api dibuat menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ar-belakang-treler/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.705990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list