CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8950|Reply: 0

[Terengganu] Parti liar: Kerajaan Terengganu panggil pemilik resort

[Copy link]
Post time 22-5-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada gambar tular di media sosial memaparkan penganjuran parti liar di Pulau Lang Tengah.


KUALA TERENGGANU - Pemilik sebuah resort persendirian di Pulau Lang Tengah akan dipanggil pada Khamis berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti liar di kawasan peranginan itu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihak berkenaan diminta mengemukakan penjelasan berhubung isu yang tular di media sosial sejak Selasa.

Menurutnya, pertemuan itu akan turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).



Antara gambar tular memaparkan parti liar diadakan di sebuah resort di Pulau Lang Tengah, Kuala Nerus.

"Kita akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu, jika ada kesalahan dari segi peraturan atau apa-apa akta kita akan bertindak.

"Kita akan teliti terlebih dahulu jawapan daripada pihak premis swasta tersebut sebelum apa-apa tindakan diambil sama ada salah dari segi garis panduan hiburan, pelancongan atau kelulusan permit," katanya memetik laporan portal rasmi kerajaan negeri malam Selasa.

Dalam pada itu, Razali turut menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai isu tersebut kepada pihak berkuasa.

"Jika ada bukti ia menyalahi peraturan atau ada orang beragama Islam terlibat dalam parti itu, boleh salurkan kepada pejabat agama untuk siasatan lanjut.


"Insya-ALLAH kita sama-sama jaga dan majukan sektor pelancongan negeri kita," katanya.

Pada Selasa tular poster dan gambar memaparkan wanita berpakaian seksi menghadiri sebuah parti liar dinamakan Aloha Party yang didakwa diadakan di pulau tersebut.

Gambar tersebut mendapat perhatian ramai malah rata-rata daripada mereka mengatakan parti tersebut tidak sesuai diadakan di negeri ini.

https://www.sinarharian.com.my/a ... ggil-pemilik-resort

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.070664 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list