CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10825|Reply: 83

[Jenayah] Beromen Dalam Masjid, Pelaku Sebenarnya Budak Tapi Terbabas Hasutan Syaitan!

  [Copy link]
Post time 31-5-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode


KISAH mengenai pasangan yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta Perodua Axia di kawasan masjid kecoh diperkatakan sejak Khamis.

Lebih malang, pemilik kereta Axia itu teruk dicemuh netizen sedangkan perbuatan tersebut dilakukan individu lain yang menggunakan kenderaan berkenaan.

Dalam perkembangan terbaharu, Hilmi Hamdan yang juga anak kepada pemilik Axia itu memberitahu pelaku memohon maaf di atas tindakan mencemarkarkan nama baik keluarganya.

"Ini adalah kenyataan terakhir saya berkaitan kes tular. Pesalah meminta maaf kepada keluarga kami. Pasangan lelaki dan perempuan itu hubungi ahli keluarga kami melalui panggilan telefon.

"Keluarga kami di Terengganu, manakala pesalah berada di Kuala Lumpur. Pesalah lelaki serah diri kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid Gombak Utara di mana kesalahan itu dibuat.

"Dia menemui sendiri perakam, tukang viral dan beberapa AJK masjid. Katanya ada kesefahaman antara kedua-dua pihak sebagai syarat permohonan maaf diterima," ujar Hilmi Hamdan menerusi Facebook.

Menurut pemuda itu lagi, dia tidak berniat untuk mendedahkan wajah pelaku dan berharap kejadian itu menjadi pengajaran buatnya pada masa akan datang.

"Ada yang minta kami dedahkan muka pesalah sebagai tanda kami tak tipu. Maaf kami bukan jenis pendendam. Pesalah adalah rakan baik adik saya. Dia juga pernah bertandang ke rumah kami di Terengganu.

"Pesalah yang kami kenal adalah seorang kawan yang baik, cuma mungkin pada hari kejadian dia sedikit 'terbabas' dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Semoga Allah ampuni dosa mereka.

"Kalau kami dedah muka pesalah, bermakna kami telah membunuh masa depan seorang anak muda yang terkhilaf hari ini, yang boleh jadi akan menjadi seseorang yang berjasa pada masa akan datang," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hilmi berkata individu yang menularkan video tersebut turut memohon maaf kerana tindakannya yang menimbulkan fitnah ke atas pemilik Axia berkenaan.

"Tukang viral juga meminta maaf kepada keluarga kami kerana kesan daripada video dia menyebabkan pemilik kereta yang dikecam. Tujuan mereka ‘amar makruf nahi mungkar’ tu sudah bagus dan berhasil bertemu dengan pesalah.

"Tetapi maharnya agak pedih kerana pemilik kereta pula yang terfitnah. Namun, kami kira ada sesuatu hikmah yang telah Allah lukiskan, untuk kebaikan semua pihak. Saya harap isu ini tamat di sini," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Masjid Gombak Utara dalam satu kenyataan turut memaklumkan pelaku telah hadir semula ke masjid untuk memohon maaf.

Pihak masjid turut menggesa orang ramai agar menurunkan video tular itu bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.

Untuk rekod, video pasangan dipercayai kekasih yang 'bermadu asmara' dalam sebuah kereta Axia di kawasan masjid tular di media sosial sejak petang Khamis.

Netizen segera bertindak mengesan pemilik Axia itu menggunakan nombor pendaftaran kereta yang tertera dalam video berkenaan.

Pada hari sama, Hilmi tampil memberi penjelasan untuk membersihkan nama keluarganya daripada fitnah berkenaan.

Menurut Hilmi, kereta milik bapanya itu digunakan oleh seorang adiknya yang sedang melanjutkan pengajian di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kereta tersebut dipinjam oleh rakan adiknya yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2024 02:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2024 02:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2024 02:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita pasal kereta pinjam, aritu kawan aku masuk ke dlm, heshe ada business legit sewa kereta, then one of regular customer dia ropernya tokan dadah, kereta yg selalu dia sewa kat org tu, org tu guna utk business transport dadah. Gituhhhh, sampai skang kereta nya masih kena compound
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbabas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2024 04:59 PM | Show all posts
kot ye pun beromen la tmpt lain
ni lgi setan dr setan
dekat2 masjid
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 31-5-2024 04:56 PM
Terbabas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa{:mlshy: ...

Bebudak...TERnafsu....letew...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 31-5-2024 04:59 PM
kot ye pun beromen la tmpt lain
ni lgi setan dr setan
dekat2 masjid

Mungkin nak romen secara Islamik atau nak amek keberkatan selepas amek air smyg. Bodoh melantun kan. Byk2 tempat..kwsan masejid dia nak buat keje.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cis, aku x nampak pape plak. Ank sape ni woi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik "berkat" romen kat parking masjid.


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:35 PM | Show all posts
makita replied at 31-5-2024 05:03 PM
Mungkin nak romen secara Islamik atau nak amek keberkatan selepas amek air smyg. Bodoh melantun ka ...

sendiri hina agama camni perangainya
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi betul budak ni..x pasal2 keter tu dah tercemar la bodohhh...kalo aku, baik la jual je..geli dowh nk pakai keter tu lg
Ntah2 sperma bdk tu dh terpancut dlm keter..melekat lak kt gear kerusi bagai
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:45 PM | Show all posts
bole tak benda mcm ni setelkan dgn pihak berkuasa, tak payah viral2. ngko ada no plet nya kan? ni sebarkan kat internet... tak psl2 pakcik tuanpunya keta sebenar kena kecam netizen. satu kerja family dan pihak masjid nak buat karangan panjang berjela utk meredakan keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 31-5-2024 05:41 PM
Babi betul budak ni..x pasal2 keter tu dah tercemar la bodohhh...kalo aku, baik la jual je..geli dow ...

Kannn sis
Aku Jual je kete Tu
Geli gilet
Si budak hanat ni jgn bagi muka
Putus kawan la takhingin terserempak lagi
Dasar meskin kaki pinjam muka tembok takde akal
Padan muka viral
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 31-5-2024 06:10 PM
Kannn sis
Aku Jual je kete Tu
Geli gilet

Kann..patutnya viral kan je muka budak tu
Pi mampos la kwn baik ke apa ke...x pasal2 keter tu dh melekat sperma ko..jijik tau
And no plat tu pun mesti la bapak dia kene campak jauh2....sbb malu...bende dh masuk internet ni, selamanya kekal kan
Nk register no plat baru pun pakai duit gakkkk
Bukannya free free
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 31-5-2024 05:45 PM
bole tak benda mcm ni setelkan dgn pihak berkuasa, tak payah viral2. ngko ada no plet nya kan? ni se ...

Paling best tukang viral batak like berkali² wat post justified sbb dia viralkn bidio.
Atas nama amar makruf nahi munkar
Netizen yg xtau pucuk pangkal cita sama² kongsi saham pitnah sikit sorang sakan melahar
Kenyanggg mkn bangkai saudara sendri
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat apa?
Aku x nampak.
Adekah hijab aku tertutup.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Si peromen tu mmg celaka.. tp penyebar kemaruk viral tu pun bangsat juga
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 31-5-2024 06:50 PM
Dia buat apa?
Aku x nampak.
Adekah hijab aku tertutup.

I pun tak nampak apa2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.179706 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list