CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6546|Reply: 9

Sepasang kekasih berjaya dapat peti besi, dapat duit hampir RM500,000 ketika memancing

[Copy link]
Post time 4-6-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode




NEW YORK  – Sepasang kekasih berjaya memancing peti besi mengandungi wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM470.679) di sebuah tasik di Bandar Raya New York, lapor akhbar New York Post kelmarin.


James Kane dan Barbie Agostini membaling pancing magnet ke dalam  tasik itu di Taman Corona petang Jumaat lalu.


Apabila merasakan mengenai sesuatu yang besar semasa ‘memancing’, mereka menarik tali dan mendapati ia adalah peti besi lama.


Mereka membuka peti besi tersebut dan menemui wang itu yang dibalut dengan plastik.


“Malangnya, wang ini basah dan  hampir musnah,” kata Kane yang merupakan seorang  pemancing magnet veteran.


Mereka menghubungi polis untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang.


Oleh kerana tiada cara untuk mengenal pasti pemilik peti besi itu  yang berkemungkinan dicuri, Kane dan Agostini dibenarkan menyimpan wang tersebut. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 12:49 PM | Show all posts
Itu duit mafia new york yg punya.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:08 PM | Show all posts
Patut on da way back dr flushing aku nampak polis kt corona park ni..abih semua kereta kena uturn tk blh lalu bridge
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat jackpot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 06:05 PM | Show all posts
kalau kat malaysia tu kerajaan punya. tapi kalau ada mayat & dadah tu u punya
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 08:38 PM | Show all posts
Bertuahnya diorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 08:47 AM | Show all posts
tapi katanya dah rosak.  mungkin dah separa reput. susah juga nak guna kan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 08:54 AM | Show all posts
sana pancing magnet boleh jumpa macam macam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 09:05 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-6-2024 05:11 PM






Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:21 AM | Show all posts
ingtkan mesia
baru nk ckp ni mesti kiedakrip punye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.221783 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list