CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10734|Reply: 10

[Tempatan] Baling pasu ke arah balai polis, 2 remaja ditahan

[Copy link]
Post time 5-6-2024 08:14 AM | Show all posts |Read mode
SERDANG: Gara-gara membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang, dua remaja lelaki ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada jam 4 petang.

“Semakan dilakukan mendapati seorang daripada suspek adalah pelajar, manakala suspek kedua adalah penganggur.

“Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, kami merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.

“Ini termasuk kes khianat terhadap pagar Balai Polis Serdang yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek terbabit pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Anbalagan berkata, pihak polis turut merampas pakaian yang dipakai oleh kedua-duanya pada hari kejadian dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.


“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang pada 2 Jun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah sendiri. X pasal ke dalam.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti dekat fb ramai sokong tindakan 2 ketul makhluk ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
punca sebab depa buat camtu???????
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:16 AM | Show all posts

Dua remaja ditahan, baling pasu ke arah balai polis

Dua remaja ditahan, baling pasu ke arah balai polis
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin - Jun 5, 2024 @ 9:29am
nurul.hidayah@hmetro.com.my



SERDANG: Dua remaja lelaki ditahan semalam, selepas dipercayai membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada jam 4 petang.

"Semakan dilakukan mendapati seorang daripada suspek adalah pelajar, manakala suspek kedua adalah penganggur.

"Dipandu arah oleh kedua-dua suspek, kita merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.


"Ini termasuk kes khianat terhadap pagar Balai Polis Serdang yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek terbabit pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, pihak polis turut merampas pakaian yang dipakai oleh kedua-duanya pada hari kejadian dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang pada 2 Jun lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh alpha sgt ke ko blg pasu tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 01:59 PM | Show all posts
Skuau replied at 5-6-2024 09:43 AM
punca sebab depa buat camtu???????

dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang pada 2 Jun lalu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Maleficent replied at 5-6-2024 01:59 PM
dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar  ...

tu rupanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang nak cari pasal kan.


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati kering betul budak2 zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 04:14 PM | Show all posts
saja cari nahas...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 1.000034 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list