CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebagai Isteri Sebesar Atau Setinggi Mana Pun Kita, Suami Tetap Di Atas. - Fasha Sandha

29-2-2024 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4871| Komen: 28

Description: Pelakon jelita Fasha Sandha mengakui bahawa pergaduhan atau perbalahan dengan pasangan dalam rumah tangga itu adalah perkara normal dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Pelakon jelita Fasha Sandha mengakui bahawa pergaduhan atau perbalahan dengan pasangan dalam rumah tangga itu adalah perkara normal dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, perkahwinannya dengan suami, Aidil Aziz, 37, ada pasang surutnya namun teman hidupnya itu seorang yang sangat senang dibawa berbincang.

“Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.

“Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.

“Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran butik Alfaro, semalam.


Menurut Fasha lagi, biarpun perhubungan rumah tangganya belum begitu sempurna tetapi dia sering mendoakan perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.

“Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.

“Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu supaya semuanya terjaga walau sesibuk mana tugas di luar.

“Paling penting sekali suami isteri tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas.

“Pastikan makan pakai semua tersedia walaupun sejak akhir-akhir ini, saya lebih sibuk. Saya tidak akan lupakan apa isteri (patut) lakukan.

“Saya juga akan pastikan ada ‘mood’ untuk suami dan anak-anak. Bukan nak kata sempurna atau wanita solehah tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu baik,” jelasnya lagi.

Berkongsi kerjasamanya dengan Alfaro, dia bersyukur masih diberi kepercayaan menjadi duta selama dua tahun bersama jenama pakaian Alfaro sehingga dikenali ramai.

“Alhamdulillah, hari ni pembukaan butik Alfaro yang ke-10 dan mendapat sambutan hangat. Rezeki Alfaro kerana sudah semakin berkembang pada tahun ini.

“Mungkin adanya saya sebagai duta menyebabkan Alfaro semakin dikenali walaupun sebelum ini tidak begitu besar.

“Sebenarnya baju-baju Alfaro rekaannya memang sangat cantik dan berkualiti. Harga pula mampu milik. Itu yang saya mahu sampaikan kepada pelanggan-pelanggan.

Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 29-2-2024 02:38 PM
Walaupun suami biawak hutan
Quote cikatilia 29-2-2024 02:42 PM
nenek2 atok2 umur 80 90 aman2 aje takde sibuk2 nak kasi tips bahagia lah suami atas lah bawah la apa
Quote sharlenetexas 29-2-2024 03:10 PM
Leher tak dapat menipu.


Quote Belibis 29-2-2024 04:24 PM
Sekali sekala isteri kat atas okey jugak.tukar gaya [em:3:]
Quote matjerk 1-3-2024 10:36 AM
"Sebagai suami, sebesar mana pun pangkat isteri, suami tetap wajib menafkahi tanggungannya. Nafkah adalah maruah suami.
Quote Inigo-Montoya 1-3-2024 10:47 AM
lain macam tajuk
Quote kakakgarang 1-3-2024 12:39 PM
maksud fasha atas katil ke? hahahahaah
Quote katakauu 1-3-2024 01:39 PM
muka die lain sikit
sbb kurus nau ke
Quote zuriey 1-3-2024 02:35 PM
Lain mcm kurus dia mcm kurus org potong usus.kurus kering lurus tak de shape .
Tgk nd pun rajin workout tapi idok la kurus mcm pasha ni. Cantik lagi body nd
Quote noor2 1-3-2024 08:41 PM
zuriey replied at 1-3-2024 02:35 PM
Lain mcm kurus dia mcm kurus org potong usus.kurus kering lurus tak de shape .
Tgk nd pun rajin work ...

Mmg potong usus pun...
Quote miss_white 1-3-2024 09:42 PM
Edited by miss_white at 2-3-2024 10:35 AM

Ingat cantik ke kurus.mcm org sakit je
Ada satu video tu aku tgk laki dia menari  tergeliat
Mcm apa je


Quote KamikuP 6-3-2024 04:36 PM
Gaya missionary mmg le lelaki kat atas kecuali pompuan pun suka duduk atas sebegitu bila bersenggama.. ekekeke
Quote nutcrack8 6-3-2024 04:52 PM
Gamba kurang filter. Nmpk da berusia..
Baru la betul gamba ni. Kuat filter tu ari nmpk mcm zmn anak dara
Quote makcun14 6-3-2024 08:04 PM
"Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas."
hahaha so she sendiri mengaku sebab selama ni ingat gosip je semua orang claim FS dominan, yang kuat cari rezeki. kalau she tak keluar statement macam ni orang lain hanya mampu bergosip tanpa bukti kukuh.
so now we know for sureee she wears the pants. fasha oh fasha jaga la sikit air muka laki tu and family heols. jangan pisang berbuah dua kali sudah
Quote jihyomelly 6-3-2024 08:24 PM
ye la ko je betul..sejenis tegur ke apa bukan dia peduli pun..kurus kering sampai nampak kecut…
Quote AWEKSAMURAI 7-3-2024 04:42 AM
miss_white replied at 1-3-2024 09:42 PM
Ingat cantik ke kurus.mcm org sakit je
Ada satu video tu aku tgk laki dia menari  tergeliat
Mcm apa ...

Annoying nak mampos aku tgok.Dlu aku mcm minat jgak kat fasha dgn aidil ni .Tapi sejak fasha kurus aku jd menyampah plak aidil tu try hard sgt nk jd suami sweet n sporting . Lepas dua laki bini ni punya action geli tau. Mcm aku rasa dorang baru lepas habis spm tgh merasa geli bulu tumbuh .
Quote lil_honey 7-3-2024 09:37 AM
gaya helikopter ke
Quote matjerk 7-3-2024 09:41 AM
jihyomelly replied at 6-3-2024 08:24 PM
ye la ko je betul..sejenis tegur ke apa bukan dia peduli pun..kurus kering sampai nampak kecut…

Jgn tegur dia, nanti dia screenshot n post muka kome... klu ada anak, anak kome pun dia post.
Quote prizadane 7-3-2024 09:57 AM
AWEKSAMURAI replied at 7-3-2024 04:42 AM
Annoying nak mampos aku tgok.Dlu aku mcm minat jgak kat fasha dgn aidil ni .Tapi sejak fasha kurus ...

aku lagi suka perwatakan dia masa dengan J dulu. She looks so motherly. Takde acah-acah lawa, muda.
Tapi maybe masa tu she don't have to worry about duit. Jadi tak perlu cheapo action. Sekarang ni terpaksa la nak tunjuk dia paling lawa, paling seksi, paling muda sebab suami tak berduit. Job pun takde sangat suami tu. Konon nak in-trend tapi tak sesuai sebab nampak naw dah kertu


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.085072 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top