CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Tahu Pula Perlis Dah Liberal Sekarang, Oppss” - Kenyataan Pelakon Senior Bernama ‘N’ Cetus Tanda Tanya

29-2-2024 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8200| Komen: 62

Description: Apa agaknya yang cuba disampaikan pelakon senior, Namron kali ini? Menerusi perkongsiannya di Instagram, Namron menaikkan satu video kedai pakaian dalam yang difahamkan terletak di Perlis.


Apa agaknya yang cuba disampaikan pelakon senior, Namron kali ini? Menerusi perkongsiannya di Instagram, Namron menaikkan satu video kedai pakaian dalam yang difahamkan terletak di Perlis.

Perkongsian Namron ini dipercayai ada kaitan dengan kecaman yang diterima filem La Luna yang didakwa membawa agenda liberal. Ustazah Asma’ Harun juga sebelum ini mempersoalkan banyak perkara tentang filem itu yang dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat beragama Islam.

Disebabkan itu, Namron berseloroh dengan mengatakan Perlis turut menjadi liberal kerana ada kedai pakaian dalam.

"Tak tahu pula Perlis dah liberal sekarang, Oppss. – Tulis Namron."


Situasi yang digambarkan Namron ini sama seperti apa yang berlaku dalam La Luna apabila sebuah kedai pakaian dalam wanita dibuka di dalam sebuah kampung.

Kredit: Instagram Namron/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IzzahF 29-2-2024 03:55 PM
promote la luna ke tew
Quote shernazz 29-2-2024 04:12 PM
Dedolu ada.kedai.baju dalam Nama caely girl tak.silap
Letak patung pakai bra set lagi kat pintu...
Hahahaha...tapi Bukan kat.perlis.la..
Skang tak.nampak.dah kedai2 gitu
Quote AkokKocik 29-2-2024 04:47 PM
Aku pun baru tau klu jual bra pun blh jadi liberal.
Quote nanasno 29-2-2024 04:56 PM
abestu kalau pergi parkson melambak jual triumph, scarlet, pierre cardin tu kira liberal ka. tak paham
Quote sukacactus 29-2-2024 05:05 PM
Nyindir setazah le tu
Namron ok je…kalau takde la luna, dia nganga je tido depan tv
Quote matseh 29-2-2024 05:12 PM
Kalau nak liberal. Bukak booth
"Leave your bra & panties here"
Liberate your life. Be free...
Quote jebatmaspunyer 29-2-2024 05:13 PM
Cerita La Luna tu aku x puas hati y scene laki bini buat projek kat bilik siaraya surau sampai 1 kampung boleh dengar. Tak menghormati surau sebagai tempat ibadah umum. Aktiviti laki bini aktiviti ibadah peribadi. Perlu ada rasa malu berkelakuan camtu, bukan bangga.
Quote tay22 29-2-2024 05:34 PM
jebatmaspunyer replied at 29-2-2024 05:13 PM
Cerita La Luna tu aku x puas hati y scene laki bini buat projek kat bilik siaraya surau sampai 1 kam ...

Baru sembang dgn member psl scene ni. Aku dah tengok movie ni by the way.
To me, scene ni tak perlu pun even pengarah macam try nak buat ni ala2 subtle (even tak berapa digarap dengan subtle).
I mean ala2 subtle was when tunjuk riak wajah warga kampung terkejut and viewer faham2 lah sendiri apa yg org kampung tu dengar.

In short movie ni tak sesuai ditonton bersama keluarga even all dah grown up.
Symbolism yg aku suka, burung dalam sangkar tu dengan Imam Junior yg kena ikut hidung tu.
Quote chinchan78 29-2-2024 05:43 PM
Edited by chinchan78 at 29-2-2024 05:45 PM

Storyline, cinematography, acting film ni perfect bg aku.. yg kata ada unsur liberal terpulang.. hak masing2...suka scene yg sam peluk ank dia sambil nangis sbb nk gi dating..
Quote heythere123 29-2-2024 09:36 PM
tay22 replied at 29-2-2024 05:34 PM
Baru sembang dgn member psl scene ni. Aku dah tengok movie ni by the way.
To me, scene ni tak perl ...

yes, meols setuju pasal komen takleh tengok dengan family. Masih segan gittew.

Tapi tolak scene speaker tu, scene lain semua best. I bukak La Luna ni sekadar pasang sambil lipat kain, tak sangka ter hooked up sampai habis
Quote sharlenetexas 29-2-2024 09:44 PM
shernazz replied at 29-2-2024 04:12 PM
Dedolu ada.kedai.baju dalam Nama caely girl tak.silap
Letak patung pakai bra set lagi kat pintu...
H ...

Caely bagus juga produknya.


Quote OshinDaSolja 29-2-2024 09:59 PM
La Luna mmg tak sesuai untuk viewers Malaysia... full stop.
Quote silampumeja 29-2-2024 10:15 PM
Kalau kita tgk pastu kita suka je movie ni, kita terus jd liberal ke... Tanye ni, belum tgk pun lagi
Quote dua_chzy 29-2-2024 10:21 PM
Edited by dua_chzy at 29-2-2024 02:23 PM
jebatmaspunyer replied at 29-2-2024 09:13 AM
Cerita La Luna tu aku x puas hati y scene laki bini buat projek kat bilik siaraya surau sampai 1 kam ...


Meka malu pun dalam citer tu? Bukan bangga? Tapi bini2 kehuasan gersang yang mendengar tu tak menahan terus serbu La Luna. Btw surat tu kan berfungsi sebagai pusat komuniti juga, bukan tempat beribadat semata. Tu yang terlajak main dalam pejabat surau.
Quote dua_chzy 29-2-2024 10:26 PM
Edited by dua_chzy at 29-2-2024 02:32 PM

Yang korang pi tengok or terfikir nak tengok dengan keluarga, dah kenapa? Aku tengok sensorang dalam bilik ja, tu pun lepas anak2 dah tidoq.

Btw ok la filem ni. Aku bagi 7/10 sebab cringe @ tak berapa minat tengok lakonan Sharifah Amani dengan pompuan yang berlakon jadi anak Sam tu.
Quote dua_chzy 29-2-2024 10:29 PM
Selain 2 pelakon aku sebut di atas, watak2 lain sangat berkesan lakonan iya, termasuklah watak budak lelaki Astroceria yang crush kat anak Sam tu. Terbahak2 la aku ketawa tengok scenes dalam cerita ni, tq director kasik hibur aku.

Btw walaupun pembawaan watak di Amani dan anak Sam tu cringe nak mampus (dah kenapa pelakon yang berlakon watak anak Sam tu macam...Mengingatkan aku dengan lakonan2 Sharifah Amani? Direktor ke yang nak camtu ke camna?), tapi tak tau sapa lagik boleh pegang watak dia tu selain dia. Rasanya Fazura boleh tapi tak mau la tengok dia berlakon dengan Samdawan kekasih lama.
Quote dua_chzy 29-2-2024 10:34 PM
Edited by dua_chzy at 29-2-2024 02:36 PM

Amani zaman berlakon jadik Orked dulu, sesuai la bawak watak kiut2 feminis independent liberal. Dah kertu ni, macam malas pula nak tengok dia bawak watak lebih kurang sama sokmo on screen.

Or barangkali aku terlalu judgmental dan kena tengok lagik filem ni kali kedua huntok betul2 hayati.

Tapi Sam is surprisingly attractive dalam pilem ni. Har. Mungkin sebab watak polis bodo2 alang yang dia bawak tu.
Quote Orix 29-2-2024 10:44 PM
chinchan78 replied at 29-2-2024 05:43 PM
Storyline, cinematography, acting film ni perfect bg aku.. yg kata ada unsur liberal terpulang.. hak ...

iols tgok kt wayang cite ni dlu... biasa kalo sharifah amani yg berlakon cite nya best.. sekali mmg best pn... iols suka scene yg anak sam ckap dia amalkan seks bebas
Quote chinchan78 29-2-2024 10:46 PM
dua_chzy replied at 29-2-2024 10:34 PM
Amani zaman berlakon jadik Orked dulu, sesuai la bawak watak kiut2 feminis independent liberal. Dah  ...

Tp aku suka  Azura.. suara dia sedap n chemistry dia dgn sam sbg bpk n ank tu menjadi.. dia ni pelakon mentega terbang tu kan?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052229 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top