CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8172|Reply: 0

[Kelantan] Noriah sentiasa ada di sisi Saodah

[Copy link]
Post time 21-5-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Noriah cekal menjaga Saodah yang terlantar akibat diserang angin ahmar sejak sembilan tahun lalu di rumah mereka di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas dari kampung Sabak, Pengkalan Chepa di sini terpaksa menghabiskan usia tuanya de­ngan menjaga kakak kandung yang terlantar sakit akibat angin ahmar sejak sembilan tahun lalu.

Noriah Yusoff, 62, yang masih bujang berkata, dia juga terpaksa berhenti kerja kampung semata-mata untuk mejjaga Saodah Yusoff, 78.

Menurut Noriah, kakaknya disahkan menghidap angin ahmar selepas terjatuh ketika sedang mencabut rumput di luar rumah kira-kira sembilan tahun lalu.

“Sejak kakak sakit, kami ba­nyak bergantung kepada bantuan keluarga terdekat selain penduduk kampung.

“Ada juga keluarga terdekat yang menghulurkan wang tunai selain lampin pakai buang serta makanan untuk kehidupan kami dua beradik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Noriah memberitahu, selain bantuan keluarga dan jiran, kakaknya juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan yang digunakan untuk membeli sebahagian barangan keperluan.

Menurutnya, dia perlu membeli lampin pakai buang kakak­nya yang memakan belanja sebanyak RM300 setiap bulan.

“Sejujurnya, bantuan JKM itu tidak cukup untuk menampung keperluan perbelanjaan kakak. Disebabkan itu, saya terpaksa bergantung kepada bantuan lain.

“Saya memerlukan perbe­lanjaan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk perbelanjaan kakak. Saya sudah tua dan tidak mampu lagi untuk bekerja seperti orang muda,” ujarnya.

Noriah berkata, dia bernasib baik kerana sentiasa menerima bantuan daripada jiran-jiran dan keluarga terdekat yang prihatin dengan nasib kakaknya.

“Rumah yang kami berdua tinggal ini merupakan rumah pusaka arwah ibu. Ahli keluarga lain bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami berdua untuk tinggal,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Noriah di talian 010-849 1905 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional 0300141000001812 atas nama Noriah Yusoff.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ada-di-sisi-saodah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052496 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list