CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7288|Reply: 0

[Pahang] Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 bermula

[Copy link]
Post time 23-5-2024 11:15 AM | Show all posts |Read mode

KUANTAN: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, bermula hari ini sehingga 28 Mei di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kerajaan Pahang itu boleh diikuti secara langsung menerusi saluran TV1, TV Al-Hijrah dan web TV Jakim serta media sosial JAKIM bermula 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan dan disambung pada 9 malam untuk tilawah.

Bagi membolehkan lebih ramai mengikuti MTHQK tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) turut menyiarkannya secara langsung di saluran radio masing-masing.

Selain itu, orang ramai boleh hadir ke auditorium dari 9 pagi hingga 11 malam untuk mengikuti majlis tilawah dan hafazan yang akan menampilkan 110 peserta dari seluruh negara itu.


Seramai 29 peserta, masing-masing 14 qari dan qariah serta seorang johan menunggu qariah menyertai tilawah, manakala 81 peserta bagi hafazan.

Majlis perasmian majlis dengan tema 'Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati' akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, malam ini.

Penganjuran MTHQK tahun ini yang memasuki kali ke-66 sejak pertama kali dianjurkan pada 1960, turut meneruskan beberapa penambahbaikan dalam format pertandingan sebelum ini.

Ia termasuk mewajibkan peserta tilawah al-Quran membaca dua lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.

Peserta hafazan al-Quran pula diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa dua minit.

Bagi memberikan lebih cabaran kepada peserta, MTHQK tahun ini juga menyaksikan pembaharuan bagi kategori hafazan al-Quran, iaitu soalan akan dikemukakan tanpa disebut atau dinyatakan nombor ayat, nama surah, juzuk dan muka surat seperti lazim.

Setiap pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan akan membawa pulang wang tunai, wang tambahan untuk menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil penyertaan, selain peserta akan menerima RM1,000 sebagai penghargaan daripada Kerajaan Pahang.

MTHQK tahun ini kali ketiga Pahang menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada 2011 dan kedua pada 2014.
https://www.bharian.com.my/berit ... kat-kebangsaan-2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051689 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list