CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4973|Reply: 0

Skuad Harimau Malaya 'test' SNBJ esok

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode

SKUAD negara akan menjalani latihan di SNBJ esok. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya bakal tampil lebih 'mengaum' pada pertemuan terakhir kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan apabila mereka dibenarkan untuk menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebelum sepak mula, Selasa ini.

Situasi terbabit jelas sekali memberi tonik tambahan kepada skuad kendalian Kim Pan-gon memandangkan beberapa perlawanan terdahulu mereka tidak dibenarkan menguji padang SNBJ sebelum pertemuan sebenar berlangsung kerana dibimbangi akan merosakkan rumput di venue itu.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Firdaus Mohamed memaklumkan skuad Harimau Malaya dan Taiwan di beri peluang untuk menguji padang SNBJ berdasarkan kepada keadaan padang ketika ini yang berada pada tahap optimum.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, berkata, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited menjaga dan memelihara kualiti padang SNBJ sebelum berlangsungnya perlawanan itu demi mengelak kejadian rumput 'terkoyak' berlaku lagi.

"SNBJ tidak berhadapan masalah rumput lagi sekali gus bersedia untuk kedua-dua pasukan menjalani latihan rasmi mereka.

"Usaha berterusan pihak PSM memastikan padang sentiasa berada dalam keadaan baik harus dipuji kerana sentiasa menyelenggara dan memelihara padang sebelum sepak mula," katanya.

Mengikut rekod, skuad negara wajib menang besar ke atas Taiwan di SNBJ sambil mengharapkan Oman mampu menewaskan Kyrgyzstan di Muscat.

Oman pula sudah mengesahkan slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas meraih 12 mata daripada lima aksi, diikuti Kyrgyzstan dengan 10 mata, Malaysia tujuh mata dan Taiwan tanpa sebarang mata.

Selain itu, Firdaus juga mengesahkan skuad Harimau Malaya kemungkinan akan mengunakan padang latihan di Bukit Jelutong dalam usaha mempersiapkan pasukan untuk bertemu Taiwan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... laya-test-snbj-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.065355 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list