CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10447|Reply: 1

Pelumba motosikal Rali Dakar meninggal dunia

[Copy link]
Post time 16-1-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode

FALCON meninggal dunia semalam, selepas terbabit dalam kemalangan di Rali Dakar, minggu lalu. FOTO REUTERS

Madrid: Pelumba motosikal Sepanyol, Carles Falcon meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat kecederaan dialaminya di dalam peringkat kedua Rali Dakar di Arab Saudi, minggu lalu.

"Pada Isnin 15 Januari, Carles meninggal dunia. Pasukan perubatan mengesahkan kerosakan neurologi akibat serangan jantung dan pernafasan terhenti semasa kemalangan tidak dapat dipulihkan," kata pasukan TwinTrail Racing Team menerusi kenyataan di Instagram.

"Carles seorang yang sentiasa tersenyum, aktif dan sangat bersemangat dalam apa jua yang dilakukan terutama dunia motosikal. Dia meninggalkan kami semasa melakukan sesuatu yang diimpikan, iaitu perlumbaan Rali Dakar," tambah kenyataan itu.

Peringkat perlumbaan kelajuan tinggi di atas batu bergerigi dan bukit pasir berliku di padang pasir Arab Saudi hampir selesai pada 7 Januari apabila pelumba 'off-road' berpengalaman dari Tarragona itu terbabit dalam kemalangan.



Falcon dibawa ke hospital di Arab Saudi menggunakan helikopter perubatan dan kemudiannya diterbangkan semula ke Sepanyol apabila dia dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Ketika itu, TwinTrail melaporkan Falcon mengalami 'edema serebrum' dan patah tulang belakang.

"Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Hati kami terluka, tetapi kami akan melalui hari ini sebagai penghormatan terakhir kepada dia. Terima kasih atas segalanya.

"Kami menganjurkan perlumbaan ini sebagai satu perayaan, walaupun kami tahu sukan ini membawa risiko dan semua peserta memahaminya. Apabila perkara sedemikian berlaku, ia sentiasa menjadi satu saat yang menyakitkan," kata pengarah perlumbaan, David Castera.

Mengikut data AFP, sejak Rali Dakar dianjurkan kali pertama pada 1979, 28 peserta iaitu 23 pelumba motosikal maut semasa atau selepas perlumbaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kar-meninggal-dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 02:17 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057923 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list