CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5084|Reply: 0

[Kelantan] PGA guna AFV Commando pantau sempadan sepanjang Sungai Golok

[Copy link]
Post time 7-5-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode

Anggota PGA menggunakan AFV Commando V150 ketika mengawasi sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

RANTAU PANJANG: Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok antara Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang kini dipertingkatkan dengan kehadiran kenderaan tempur berperisai (AFV) Commando V150.

Timbalan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Hakemal Hawari, berkata AFV itu digerakkan pihaknya untuk ditempatkan untuk memperkasa kawalan di sempadan terbabit terutama susulan insiden letupan di Selatan Thailand baru-baru ini.

Untuk itu, beliau berkata 14 pegawai dan anggota dari Skuadron Perisai 9 digerakkan termasuk kenderaan tempur berperisai itu sejak 2 Mei lalu.

"Dalam tempoh itu, kenderaan berperisai itu ditugaskan meronda di sepanjang Sungai Golok bermula Pos Ular di Pengkalan Kubor sehingga Ibrahim Pencen di Rantau Panjang bagi mengembalikan semula keyakinan masyarakat awam terhadap keselamatan.


"Pada masa sama, ia (kehadiran AFV itu) turut memberi gambaran mengenai tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat

"Kita turut menggerakkan unit dron Batalion 7 dengan dibantu Unit Dron Pasukan Gerakan Udara bagi mengesan sebarang pergerakan aktiviti rentas sempadan negara," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hakemal berkata, insiden tembakan dan letupan berlaku di Selatan Thailand baru-baru ini memberi kesan kepada tahap keselamatan sempadan negara.

"Ia dilihat mampu menjejaskan kelancaran sosio ekonomi dan kehidupan harian masyarakat sekitar jika tidak ditangani secara berhemah," katanya.

Beliau berkata, sejak Januari sehingga Mei, Briged Tenggara mencatatkan 593 kejayaan membabitkan tangkapan 484 individu atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM21.3 juta.

"Kejayaan ini dicapai menerusi usaha dan kerjasama semua pihak di penugasan Op Taring Wawasan PGA dan polis Kelantan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... anjang-sungai-golok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.071914 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list